Harian Metro

Budak dangkal tunjuk gah

„ Remaja dahaga perhatian sertai kongsi gelap

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Remaja yang menyertai kumpulan kongsi gelap adalah golongan dahagakan perhatian dan mahu dikagumi orang lain.

Itu ulasan Pakar Kriminolog­i Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Mohammad Rahim Kamaluddin mengenai peningkata­n pembabitan remaja dalam kumpulan kongsi gelap.

Ini dibuktikan dengan penahanan 43 pelajar yang terbabit dengan kegiatan Geng 24 di Klang.

Beliau berkata, kebiasaann­ya seseorang yang menyertai kumpulan jenayah berasa gah dan dipandang tinggi orang ramai sedangkan mereka sebenarnya semakin disisih masyarakat.

“Kumpulan penjenayah kini cenderung merekrut remaja semuda 12 tahun bagi meluaskan pengaruh kumpulan dan memperalat­kan anak muda yang masih dangkal pertimbang­an akal.

“Golongan remaja mudah terjebak dalam kumpulan kongsi gelap akibat motivasi rakan sebaya.

“Sokongan daripada rakan sebaya itu pemangkin menyertai kongsi gelap yang boleh menjurus kepada aktiviti jenayah lebih serius,” katanya.

Beliau berkata, gaya didikan ibu bapa yang permisif iaitu memberi kebebasan penuh kepada anak meningkat dewasa tanpa pemantauan juga antara faktor penyebab pelajar sekolah terbabit dalam kegiatan ini.

“Ibu bapa paling dekat dengan remaja dan mampu mengesan pembabitan anak mereka sejak awal lagi jika dipantau rapi.

“Dalam sesetengah senario, bapa atau bapa saudara adalah ahli atau ketua kumpulan kongsi gelap dan anak mereka meneruskan legasi itu sejak di bangku sekolah lagi.

“Siapa yang melarang tindakan anak itu jika bapanya sendiri seorang ketua geng?” soal Mohammad Rahim.

Menurutnya, pembabitan remaja khususnya pelajar sekolah bukan saja memberi imej buruk kepada sekolah, bangsa dan masyarakat setempat malah ia merugikan modal insan negara ini.

“Golongan remaja mudah terjebak dalam kumpulan kongsi gelap akibat motivasi rakan sebaya” Dr Mohammad Rahim Kamaluddin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia