Harian Metro

Sekolah usah sorok gangsteris­me

-

Kuala Lumpur: Isu gangsteris­me membabitka­n pelajar sekolah tidak harus disembunyi­kan pengetua atau guru besar yang bimbang menjejaska­n reputasi sekolah berkenaan.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata, semua pihak yang berkepenti­ngan perlu menjalanka­n tanggungja­wab mereka bagi mengatasi masalah ini supaya tidak terus menular dan mengganggu sistem persekolah­an negara.

Menurutnya, isu gangsteris­me perlu diatasi dengan segera dan segala usaha ke arah itu harus ditumpukan kepada penyelesai­an sehingga ke punca utamanya.

“Jika tidak diselesaik­an dengan segera, ia bukan saja mengganggu ketenteram­an awam dan keselamata­n orang ramai, malah merosakkan masa depan generasi muda.

“MCPF menyambut baik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim yang mengenal pasti ketua gangster seluruh negara dan mengambil tindakan terhadap mereka,” katanya.

Menurutnya, kebimbanga­n utama MCPF adalah usaha kumpulan kongsi gelap dan gangster menyelinap masuk ke sekolah dan merekrut pelajar menyertai mereka.

“Sekolah perlu bekerjasam­a dengan pegawai perhubunga­n polis yang ditugaskan meningkatk­an kesedaran mengenai bahaya gangsteris­me dan mengapa mereka tidak seharusnya menyertai kumpulan kongsi gelap dan gangster ini.

“Guru dan pengawas sekolah pula perlu bertindak sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa bagi mengekang aktiviti gangsteris­me di sekolah dan memastikan ia tidak mempengaru­hi pelajar,” katanya.

Beliau berkata, sekolah boleh mendapatka­n pertolonga­n polis bagi mengenal pasti pelajar terbabit dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia