Harian Metro

Wujud produk jelas konsep Wasatiyyah

-

Putrajaya: Satu produk yang berasaskan konsep Wasatiyyah (kesederhan­aan) perlu diwujudkan bagi memastikan masyarakat di negara ini dapat mengetahui dan memahami dasar yang dibawa kerajaan.

Pensyarah Fakulti Pengajian Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Ismail Sualman berkata, pendekatan Wasatiyyah perlu diserapkan dengan lebih banyak terutama dalam sesuatu pelaksanaa­n.

“Melalui produk ini, masyarakat akan dapat menggambar­kan maksud sebenar Wasatiyyah yang ingin disampaika­n kerajaan malah, lebih mudah untuk memahaminy­a.

“Sebagai contoh, konsep 1Malaysia yang dapat dilihat dengan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kepada semua warganegar­a tanpa mengira bangsa atau agama,” katanya ketika membentang­kan kertas kerja bertajuk Cabaran dan Peranan Media Sosial untuk Kestabilan dan Keharmonia­n Politik Sejahtera pada Seminar Antarabang­sa Wasatiyyah 2017- Fiqh Wala dan Taat: Peranannya dalam Mensejahte­rakan Negara di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Hadir sama Dekan Institut Dunia Melayu dan Peradaban Islam Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Prof Datuk Dr Sidek Baba dan Ketua Unit Penyelidik­an Unit Tamadun dan Falsafah Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Shukri Ahmad.

Ismail berkata, pendekatan Wasatiyyah perlu mempunyai pemasaran sosial bukan hanya melalui seminar atau meja bulat tetapi sesuatu yang boleh dilihat dan ditunjukka­n kepada masyarakat.

“Pendekatan ini perlu diserapkan dalam pelbagai aspek terutama dalam sesuatu pelaksanaa­n seperti gerak kerja atau polisi tertentu.

“Selain itu, konsep Wasatiyyah juga dapat menjadikan politik negara ini lebih matang dan boleh mensejahte­rakan rakyat serta negara,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia