Harian Metro

Kerenah graduan ‘lemau’

„ 75 peratus majikan berdepan masalah kualiti lepasan institusi pengajian tinggi pada tahap sederhana

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Kaji selidik dilakukan agensi pekerjaan JobStreet.com pada suku pertama tahun ini mendapati majikan di Malaysia masih berdepan pelbagai masalah dalam menggaji graduan baru.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching berkata, sebanyak 75 peratus majikan mengatakan kualiti graduan baru hanya pada tahap sederhana dan majikan mempunyai halangan besar dalam mencari calon sesuai untuk jawatan tertentu.

“Dapatan itu turut disokong kajian sama oleh Bank Negara yang mendapati 77 peratus syarikat merasakan graduan tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan.

“Cabaran utama yang dihadapi majikan ialah graduan baru meminta gaji dan faedah tidak munasabah, kurang mahir berbahasa Inggeris, lemah kemahiran berkomunik­asi dan tiada perwatakan diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Kebolehpas­aran Graduan dan Transforma­si Industri 2017 anjuran Universiti Kebang- saan Malaysia (UKM) dengan kerjasama JobStreet.com di universiti terbabit, semalam.

Forum yang menghim- punkan 100 majikan itu turut dihadiri 300 peserta dari 25 institusi pengajian tinggi negara.

Menurut Mary, pihaknya turut berdepan masalah khususnya berkenaan kemampuan graduan untuk diterima bekerja.

“Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan dalam melahirkan tenaga kerja berpengeta­huan, kemampuan bersaing di peringkat global dan cekap.

“Menerusi forum atau transforma­si seperti ini, kami yakin dapat membentuk graduan yang mempunyai akhlak dan ilmu yang seimbang untuk persediaan ke alam pekerjaan dengan keadaan ekonomi dan persaingan di abad ini.

“Untuk menempuh alam pekerjaan, individu itu perlulah bersedia daripada aspek keyakinan, komunikasi, pengetahua­n am dan banyak lagi supaya majikan yakin untuk menerima mereka sebagai seseorang yang bakal membawa kepada kejayaan organisasi,” katanya.

 ??  ?? MARY (dua dari kiri) bersalaman dengan peserta selepas merasmikan Forum Kebolehpas­aran Graduan dan Transforma­si Industri 2017 anjuran UKM dengan kerjasama JobStreet.com, semalam.
MARY (dua dari kiri) bersalaman dengan peserta selepas merasmikan Forum Kebolehpas­aran Graduan dan Transforma­si Industri 2017 anjuran UKM dengan kerjasama JobStreet.com, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia