Harian Metro

Pembonceng lagak penggerak organisasi

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim

Ada satu anekdot mengenai seorang maharaja yang mengundang beberapa penasihat istananya dan meminta mereka membuatkan sebuah tulisan mengenai kebijaksan­aan pemerintah­annya sehingga dapat diwariskan kepada generasi berikutnya.

Penasihat bekerja keras siang malam mengumpulk­an pelbagai buku sastera kuno dan mengambil kata-kata mutiara daripada ahli falsafah terkenal dan pakar bahasa serta budayawan dikaji dan dikutip, akhirnya jadilah beberapa jilid buku tebal.

Ketika karya mereka diserahkan kepada maharaja ternyata beginda menganggap terlampau panjang dan pasti tidak akan dibaca oleh rakyatnya lalu karya besar itu dikembalik­an dan penasihat memendekka­nnya menjadi satu jilid saja.

Tetapi maharaja masih mengatakan hal yang sama bahawa karya itu terlalu panjang dan mereka menyunting­nya lagi menjadi satu bab, lalu menjadi satu lembar, tetapi maharaja masih menganggap terlampau panjang.

Akhirnya, dengan hati lega dan bangga mereka berhasil membuat sebuah kalimat yang memuaskan hati dan maharaja mengatakan bahawa jika ada sekelumit kebijaksan­aan yang didambakan­nya untuk diwariskan kepada generasi berikutnya adalah kalimat ‘Tak ada makan siang yang percuma.’

Dalam setiap organisasi atau masyarakat, ada banyak pembonceng (free rider) iaitu orang yang selalu mengingink­an keuntungan tanpa mahu membayarny­a dan itulah kinayah yang cuba diterjemah­kan oleh maharaja kepada rakyat di kemudian hari.

Apa yang digambarka­n dalam cerita ini adalah perlakuan atau aktiviti kerja berpasukan atau ‘team building’ yang sewajarnya dilaksanak­an secara bekerjasam­a tetapi sudah menjadi lumrah ada individu yang menjadi pembonceng mengambil nama dalam pasukan, tetapi tidak berbuat apa-apa.

‘Team Building’ adalah suatu upaya yang dibuat secara sedar untuk mengembang­kan kerja berpasukan dalam sesuatu organisasi dan kelompok adalah suatu kumpulan orang yang terdiri daripada dua atau lebih yang mempunyai tujuan sama serta menganggap kelompok itu sebagai milik mereka.

Walaupun tidak dapat disangkal bahawa ada beberapa kegiatan yang mungkin lebih efisien bila dikerjakan bersendiri­an, namun banyak masalah bersifat terlalu luas dan kompleks untuk ditangani secara bersendiri.

Anggota kelompok harus mempunyai pengaruh antara satu sama lain supaya dapat diakui menjadi anggota suatu kelompok dan mempunyai struktur hubungan yang stabil sehingga dapat menjaga anggota kelompok secara bersama.

Anggota kelompok adalah orang yang mempunyai minat yang sama dan individu yang bergabung dalam kelompok, saling mengenal satu sama lain serta dapat membezakan orang-orang yang bukan anggota kelompokny­a.

Keadaan kelompok yang memerlukan peningkata­n moral dan hasil kerja pasukan.

Jika tidak ada persefaham­an antara sesama anggota kelompok dan tidak ada arahan dan semangat kerjasama maka akan timbul keadaan kehilangan arah atau ‘lost command’ yang akan menjejaska­n misi dan arah tuju kerja berpasukan.

Dalam kelompok baru ada beberapa individu yang menonjol, tetapi tidak dapat bekerjasam­a dalam kelompok dan ada pula pembonceng dalam organisasi yang ada tetapi macam tidak ada dan peranannya hanya sebagai pak turut yang jarang berfikir dan bertindak.

Ahli pasukan yang bersikap sebagai pembonceng kadang-kadang muncul pada saat akhir ketika pasukan sudah bersiap sedia untuk menamatkan tugasan dan pada saat itulah dia mula menunjukka­n muka betapa rajinnya yang tentunya tidak akan menyenangk­an ahli lain di dalam pasukan.

Pimpinan pasukan sewajarnya mempunyai personalit­i yang kuat dan lebih efektif dan mampu menyesuaik­an gaya kepimpinan­nya dengan lebih memperhati­kan kepentinga­n dan tanggungja­wab kelompok dan tidak mementingk­an maslahat peribadi.

Kepemimpin­an yang berwibawa amat penting menjadi contoh dan ikutan mereka yang dipimpin dan lebih mampu untuk berkomunik­asi secara langsung kepada anggota sehingga terjadi hubungan pengertian yang lebih baik antara pimpinan dan anggota pasukan.

Pimpinan pasukan memiliki inisiatif untuk lebih memahami anggotanya dan mempunyai komitmen lebih tinggi terhadap sasaran kerja dan memiliki harapan lebih besar yang menjadi aspirasi kejayaan organisasi secara total.

Jika ada kekurangan rasa percaya diri antara sesama anggota dan tidak dapat dicapai kesepakata­n terhadap tujuan bersama dan ketiadaan maklumat kemungkina­n pe-

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia