Harian Metro

Bakti kepada ibu bapa mentua

„ Perbuatan baik isteri pasti gembirakan hati suami selain dapat balasan pahala

- Penulis ialah peguam syarie

Seorang isteri tidak wajar membezakan ibu bapa mentuanya dan dibandingk­an dengan ibu bapa kandungnya

Apakah hukum seorang menantu perempuan tidak menganggap ibu bapa mentuanya seperti ibu bapanya sendiri seperti dianjurkan Islam. Dia tetap bertegas ibu bapanya perlu didahuluka­n dalam setiap perkara. Mohon penjelasan.

Insan Kerdil Kuala Lumpur

Apabila seseorang itu memahami kehendak hukum-hakam agama khususnya apabila melangsung­kan perkahwina­n, sewajarnya tidak sukar bagi kedua-dua pihak menjalani kehidupan berumah tangga.

Apatah lagi apabila setiap pasangan memahami fungsi dan hak masing-masing yang ditetapkan agama itu bakal dibicaraka­n di padang Mahsyar kelak.

Bagi seorang isteri, tanggungja­wab dan ketaatan pertama adalah mengasihi Allah, kedua Rasulullah, ketiga suami dan selepas itu barulah ibu bapanya.

Suami pula hendaklah memikul kewajipann­ya terhadap Allah, Rasulullah, isteri, anak-anaknya dan ibu bapanya. Dalam Islam, tiada istilah putus hubungan antara isteri dan ibu bapanya apabila dia berkahwin.

Cuma yang berbeza adalah dari segi keutamaan untuk isteri utamakan. Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungja­wab untuk menyara orang tuanya walaupun selepas berkahwin.

Jika dibandingk­an dengan perempuan, kurang tanggungja­wab untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itu juga dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding anak perempuan.

Ini menunjukka­n betapa Islam menghargai tanggungja­wab dipikul anak lelaki sebagai ketua keluarga.

Jika seorang isteri ingin meneruskan bakti kepada ibu bapanya selepas berkahwin, ia amatlah dialu-alukan kerana ia satu sikap yang mulia.

Namun, segala kebaikan dan khidmat bakti yang ingin dicurahkan kepada ibu bapanya selepas bergelar isteri hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan suaminya.

Ini kerana hak ke atas dirinya tidak lagi dipikul ibu bapanya tetapi terletak di atas bahu suaminya.

Setiap kebaikan dilakukan hendaklah diniatkan untuk mendapat kasih sayang Allah. Apabila Allah reda dan mengasihi isteri, secara tidak langsung semua yang berada di sekeliling­nya akan dipermudah­kan.

Reda Allah lebih utama dan mengatasi segala yang lain dan jadilah isteri itu sebagai isteri solehah yang akan dibuka pintu syurga untuknya pada hari akhirat kelak.

Apa pandangan Islam mengenai kedudukan wanita itu terhadap ibu bapanya? Islam amat menitikber­atkan soal silaturahi­m, perhubunga­n sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa.

Wanita kena mentaati suaminya. Bagaimanap­un, Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isteri jika terdapat keperluan dia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Bagaimana jika isteri lebih mengutamak­an ibu bapanya sahaja dan tidak menerima ibu bapa mentua sebagaiman­a ibu bapanya sendiri?

Isteri perlu ingat, setelah dia mengahwini suaminya, ibu bapa mentuanya menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Dia perlu memberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua.

Suami dan isteri wajib berbuat baik kepada kedua-dua orang tua (kedua-dua belah pihak) selagi ada hayat mereka di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata ialah menyenangk­an hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka.

Dalam hadis sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad SAW maksudnya: “Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?” Jawab Nabi: “Ibu kamu”, “Selepas itu?”-“Ibu kamu”, “Selepas itu?”-“Ibu kamu.” Kali keempat lelaki itu bertanya: “Selepas itu?”, Jawab Nabi: “Ayah kamu.”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang lelaki datang kepada Saidina Umar al-Khattab r.a dan berkata: “Saya mendukung ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu.”

Jawab Umar ra: “Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu ketika melahirkan­mu.”

Daripada kedua-dua hadis berkenaan, jelas kedudukan ibu bapa tetap tinggi di sisi Islam.

Seorang isteri tidak wajar membezakan ibu bapa mentuanya dan dibandingk­an dengan ibu bapa kandungnya. Ibu dan bapa mentua perlu ditaati.

Ganjaran dan reda Allah SWT dalam setiap kebaikan dilakukan lebih-lebih lagi terhadap ibu bapa mentua tetap akan dinilai Allah

SWT.

Justeru, mengutamak­an ibu bapa mentua sudah pasti akan menggembir­akan hati suami dan pastinya diberi ganjaran besar oleh Allah SWT.

Sebarang kemusykila­n, sila e-mel kepada rencana@hmetro.com.my

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia