Harian Metro

Toleransi beragama dalam empayar Mughal

- Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Taj Mahal adalah satu monumen yang dibina daripada marmar putih oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) di tebing Sungai Yamuna berhampira­n bandar Agra untuk memperinga­ti isterinya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia selepas melahirkan anak mereka yang ke-14.

Ia mula dibina pada 1632 dan siap pada 1648. Taj Mahal juga menjadi lambang kasih dan cinta seorang suami terhadap isterinya.

Taj Mahal diisytihar­kan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1983 sebagai permata kesenian Islam di India dan karya warisan dunia yang dikagumi sejagat.

Ia juga adalah seni bina Mughal terbaik yang menarik lebih tujuh juta pelawat setahun ke sana.

Pertama kali melihat

Taj Mahal, kita pasti kagum dengan seni bina yang sangat indah itu.

Shah Jahan adalah Maharaja ke-5 bagi Empayar Mughal. Dikatakan sebagai zaman emas seni bina Mughal ketika pemerintah­annya yang juga turut membina Masjid Moti, Masjid Jama di Delhi dan Kubu Lahore.

Empayar Mughal bermula daripada Maharaja yang pertama iaitu Zahir-ud-din Muhammad Babur atau lebih dikenali sebagai Babur yang memerintah dari 1526 hingga 1530.

Empayar Mughal mempunyai hubungan darah dengan Genghiz Khan iaitu pengasas kepada Empayar Mongol melalui anak keduanya, Chagatai Khan.

Malah, Mughal dan Mongol dikatakan adalah perkataan yang sama, cuma berbeza dari segi sebutan saja.

Empayar Mughal bermula apabila Babur mengambil alih pemerintah­an daripada pemerintah terakhir Kesultanan Delhi iaitu Ibrahim Lodhi.

Ketika pemerintah­an Maharaja Akhbar Khan ke-3 dan Maharaja Jahangir yang ke-4, empayar Mughal mengalami pertumbuha­n ekonomi amat pesat dan keharmonia­n beragama.

Maharaja menunjukka­n minat yang mendalam mengenai agama tempatan dan tradisi kebudayaan.

Semua Maharaja

Mughal beragama Islam dalam sebuah empayar yang didominasi penganut Hindu.

Pembinaan sistem jalan raya dan penggunaan mata wang yang sama menyatupad­ukan empayar Mughal.

Maktab dibina di bawah penguasa tempatan untuk golongan belia belajar membaca al-Quran dan mempelajar­i undang-undang Islam.

Semua pemerintah Mughal dikatakan mengamalka­n toleransi beragama. Maharaja Akhbar Khan adalah yang paling tinggi dari segi toleransi beragama.

Inilah satu sebab beliau memansuhka­n cukai terhadap penganut Hindu. Beliau juga membenarka­n orang Hindu mengambil bahagian dalam pentadbira­n kerajaanny­a.

Sebagai makhluk sosial, manusia amat memerlukan antara satu sama lain dan lingkungan sekitarnya untuk melestarik­an kewujudann­ya di dunia.

Tidak ada satu pun manusia yang mampu bertahan hidup tanpa memperoleh bantuan dari sekeliling mereka.

Dalam konteks ini, manusia harus selalu menjaga hubungan sesama manusia dengan sebaik-baiknya, tidak terkecuali terhadap manusia yang tidak seagama atau yang lazim disebut dengan istilah toleransi beragama.

Toleransi beragama pada awal Empayar

Moghul menyebabka­n wilayah pemerintah­annya terus berkembang dan diterima baik masyarakat yang berlainan agama.

Toleransi beragama bermakna manusia saling menghormat­i dan berlapang dada terhadap penganut agama lain, tidak memaksa mereka mengikuti agamanya dan tidak mencampuri urusan agama masing-masing.

Orang Islam dibolehkan untuk bekerjasam­a dengan penganut agama lain dalam aspek ekonomi, sosial dan urusan keduniaan.

Nabi Muhammad

SAW memberi teladan bagaimana hidup bertoleran­si bersama penganut agama lain.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di Universiti Putra Malaysia (UPM)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia