Harian Metro

Teratak pilu

„ Enam sekeluarga bersesak di pondok usang

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Kemiskinan hidup memaksa enam sekeluarga bersesak dalam pondok usang di perkampung­an setinggan Tanah Putih, di sini, sejak tiga bulan lalu.

Keadaan itu membuatkan Bidoh Ishak, 63, dan suaminya, Ab Hamid Ngah, 65, ‘merelakan’ empat cucu tinggal di rumah anak yatim kerana tidak mampu menyara mereka walaupun keberatan melakukann­ya.

Menurut Bidoh, pondok bersebelah­an Sungai Kuantan itu disewa pada kadar RM200 sebulan selepas mereka sekeluarga diminta keluar dari rumah sewa di Sungai Isap kerana tidak mampu menjelaska­n bayaran bulanan.

Turut tinggal di pondok itu dua anaknya, menantu serta cucu berusia enam tahun. “Kami tinggal di pondok ini kerana tidak mampu membayar sewa rumah di Sungai Isap. Kami tiada pilihan, selain menjadikan pondok ini tempat berteduh.

“Suami tidak mampu bekerja sejak lapan tahun lalu akibat kencing manis dan lelah kronik manakala saya diserang angin ahmar sejak empat tahun lalu,” katanya.

Pihak yang prihatin untuk membantu boleh menghubung­i talian 010-9223100 atau menyumbang ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0611241000­108311 atas nama Ab Hamid Ngah.

Menurut Bidoh, anak sulungnya berusia 26 tahun mengalami sindrom Down sejak lahir dan tidak mampu bekerja.

“Anak kedua bekerja sebagai pembantu bengkel dengan pendapatan tidak seberapa.

“Suami menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), selain RM400 daripada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Namun ia tidak mencukupi untuk menyediaka­n keperluan anak sulung,” katanya.

Bidoh berkata, dia melakukan pelbagai pekerjaan untuk menampung keperluan keluarga, namun selepas diserang angin ahmar, dia hanya mampu duduk di rumah.

Pada masa sama, seorang lagi anak lelaki Bidoh hasil perkahwina­n pertamanya meninggalk­an lima anak untuk dijaga.

“Hidup kami begitu sukar sehingga ada kalanya, hendak makan pun tidak cukup, jadi kami terpaksa menghantar empat cucu ke rumah anak yatim,” katanya.

Menurut Bidoh, dia buntu mencari sumber pendapatan memandangk­an tidak mampu bekerja malah terpaksa mengikat perut.

 ??  ?? BIDOH (tengah) bersama suami dan anak serta cucu mereka yang tinggal di pondok usang.
BIDOH (tengah) bersama suami dan anak serta cucu mereka yang tinggal di pondok usang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia