Harian Metro

Denda RM95,000

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

„ Dua didapati bersalah tawar pembedahan estetik

Seorang doktor perubatan antara dua pengarah pusat kecantikan dijatuhi hukuman denda RM95,000 oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, semalam selepas mengaku bersalah menyediaka­n pusat jagaan ambulatori tanpa lesen yang menawarkan pembedahan estetik di Taman Molek, di sini, dua tahun lalu.

Dr Suzana Hasnan, 52, dan Eng Kwi Lah, 54, dijatuhi hukuman denda atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Mereka didakwa sebagai orang yang bertanggun­gjawab kepada Seoul Beauty (M) Sdn Bhd, pada 12.45 tengah hari 3 September 2015, di alamat nombor 45, Jalan Molek 1/5, Taman Molek, Johor Bahru didapati menyediaka­n satu pusat jagaan ambulatori swasta tanpa lesen dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut perenggan 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum

mengikut sub perenggan 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum di bawah sub perenggan 5 (2)(aa) akta sama.

Bagi kesalahan mengikut subseksyen 3(c) Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta, boleh didenda tidak melebihi RM300,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Pusat kecantikan Seoul Beauty (M) Sdn Bhd juga didakwa pada 3 September 2015, di alamat sama didapati menyediaka­n suatu pusat jagaan ambulatori swasta tanpa lesen dengan KKM.

Syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah perenggan 3 (c) Akta Kemudahan dan Perkhidmat­an Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) dan boleh dihukum di bawah subperengg­an 5 (1)(b)(i) akta sama yang boleh didenda tidak melebihi RM500,000.

Bagi pertuduhan pertama, Suzana Hasnan dan Eng Kwi masing-masing dijatuhi hukuman denda RM25,000 atau hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda manakala syarikat yang diusahakan mereka dikenakan hukuman denda RM45,000.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Khairiyah Samsudin manakala tertuduh diwakili peguam bela Lim Chon Sin.

Mengikut fakta kes, pasukan pemeriksaa­n dari unit kawalan amalan perubatan swasta dengan empat ahli diketuai Dr Haslina Zamani ketika lawatan di premis berkenaan pada 3 September 2015 mendapati terdapat satu pintu bahagian dinding premis terbabit.

Apabila dibuka pintu terbabit, ia menuju laluan bertangga menghubung­kan premis ke bahagian bawah (tingkat bawah). Pemeriksaa­n mendapati terdapat tiga bilik dilengkapi peralatan perubatan pembedahan.

Terdapat juga sisa klinikal di premis terbabit, membuktika­n premis itu digunakan.

Hasil penemuan menyebabka­n lawatan pemeriksaa­n pemantauan ditukar kepada aktiviti penguatkua­saan kerana premis berkenaan disyaki melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586).

 ??  ?? DR Suzana (tengah) dan Eng (kiri) dijatuhi hukuman denda di Mahkamah
Sesyen Johor Bahru, semalam.
DR Suzana (tengah) dan Eng (kiri) dijatuhi hukuman denda di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia