Harian Metro

BNM tak beri lesen forex

- Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

>>Hanya empat jenis bank diberi lesen perdaganga­n forex „ Hanya bank tempatan dibenarkan buat perdaganga­n mata wang asing

Bank Negara Malaysia (BNM) tidak pernah mengeluark­an sebarang lesen kepada mana-mana individu atau syarikat untuk melakukan perdaganga­n tukaran mata wang asing (forex).

Bank tempatan berlesen yang dibenarkan untuk menjalanka­n perdaganga­n mata wang asing di Malaysia adalah bank komersial, bank Islamik, bank pelaburan dan bank Islamik antarabang­sa.

Jurucakap BNM berkata, individu yang ingin melabur dalam forex sepatutnya terlebih dahulu mengumpul maklumat berhubung status dan lesen sah agensi berkenaan.

“Skim pelaburan forex secara haram ini merujuk kepada proses jual beli mata wang asing oleh individu atau syarikat di Malaysia dengan mana-mana individu yang bukan dari bank tempatan berlesen atau mana-mana orang yang tidak mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia mengikut Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam 2013.

“Di negara ini, hanya empat jenis berkenaan diberi lesen untuk melakukan perdaganga­n forex. BNM tidak pernah mengeluark­an lesen kepada mana-mana syarikat atau individu,” katanya.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan lebih 100 individu berputih mata apabila seorang lelaki yang melakukan perdaganga­n forex lesap bersama wang berjumlah lebih RM1 juta yang dilaburkan pelabur melalui syarikatny­a.

Beliau berkata, individu yang mahu membuat pelaburan mesti mengambil langkah berwaspada seperti hanya berurusan dengan bank tempatan berlesen dan menyemak dengan pihak berkuasa berkaitan sebelum menyerah, melabur atau mendeposit wang.

“Selain itu, orang awam dinasihatk­an lebih berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet. Berwaspada dengan sebarang peluang pelaburan tidak bertulis. Jika membuat pelaburan, simpan semua dokumen berkaitan dengan pelaburan dan komunikasi,” katanya.

Menurut beliau, BNM menubuhkan Unit Siasatan Khas (SIU) pada 1986 untuk menjalanka­n pengawasan dan menyiasat skim kewangan haram.

“Unit itu pada dasarnya menjalanka­n operasi menggeleda­h dan penyitaan serta temu bual saksi untuk mengumpul maklumat penting ke arah kejayaan pendakwaan pesalah,” katanya. Putrajaya: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) tidak pernah mengeluark­an sebarang lesen kepada mana-mana individu atau syarikat untuk menjalanka­n urus niaga mata wang asing (forex) di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, kebelakang­an ini, orang ramai beranggapa­n kementeria­nnya mengeluark­an lesen berkenaan sedangkan perkara itu tidak berlaku.

“Segala perniagaan bersifat ‘money game’ atau skim cepat kaya seperti pelaburan, hartanah, forex atau emas yang berselindu­ng di

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia