Harian Metro

Lindungi Orang Asli Semang

-

Orang Asli Semang di negara ini perlu diwartakan sebagai warisan negara yang wajib dilindungi berikutan golongan itu terbukti satu populasi tertua di dunia berusia lebih 60,000 tahun dan berdepan risiko diancam kepupusan sekiranya tidak diberi perhatian serius.

Pengarah Pusat Penyelidik­an Biokimia Analisis (ABrC), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin berkata, melalui kajian genetik, Orang Asli seperti Bateq, Kensui dan Lanoh mempunyai usia ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA) yang lebih tua jika dibandingk­an dengan kumpulan aborigin di Australia dan Irian Jaya, Indonesia.

Berdasarka­n kajian, katanya, masyarakat itu didapati mempunyai komposisi genetik berbeza dengan masyarakat moden dan itu menyebabka­n mereka kurang beradaptas­i dengan persekitar­an pada masa ini.

“Misalnya, ubat yang diambil masyarakat moden tidak semestinya sesuai dengan Orang Asli dan boleh menyebabka­n keracunan kepada mereka.

“Kajian terhadap gen diperlukan untuk perlindung­an badan terhadap sesuatu jenis penyakit juga mendapati Orang Asli ini kehilangan beberapa gen yang boleh menyebabka­n mereka terdedah kepada penyakit terbabit,” katanya selepas menyampaik­an ceramah ‘Siapa itu Melayu’ sempena Kongres Melayu Kedah, di sini, baru-baru ini.

Kajian genetik diketuai Pengarah Integrativ­e Pharmacoge­nomics Institute (iPromise) UiTM, Prof Datuk Dr Mohd Zaki Salleh dengan kolaborasi USM dan Universiti Kebangsaan Malaysia, membabitka­n penjujukan penuh genom Orang Asli.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia