Harian Metro

Bongkar maklumat

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

„ Pegawai PDRM ke Thailand temu bual 2 raja dadah Malaysia

Polis menghantar pegawai untuk menemu bual dua raja dadah dari Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand, minggu lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua suspek perlu berhadapan dengan undang-undang negara itu atas kesalahan mereka.

“Kita menghantar pegawai ke Thailand untuk menemu bual mereka bertujuan mendapatka­n risikan dan maklumat mengenai pembabitan individu lain di negara ini yang mempunyai kaitan dalam kes penyeludup­an dadah,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, suspek yang digelar Mr T atau Malaysian Iceman dari Johor Bahru dan Mr G dari Pulau Pinang ditahan polis Thailand kerana dianggap ahli penting sindiket dadah antarabang­sa yang bertanggun­gjawab menyeludup ratusan kilogram dadah ke negara ini.

Mr T, 64, yang tinggal di Thailand selama 20 tahun dan fasih berbahasa Thai ditahan di Lapangan Terbang Hatyai sebaik kembali dari Chiang Rai, 19 April lalu.

Mr G pula ditahan ketika mahu menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia selepas memasuki Thailand sebelum cuti sempena perayaan Songkran.

Dalam perkembang­an lain, Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan mengenai sebarang kegiatan kongsi gelap di seluruh negara.

“Kita tidak hanya menumpukan Geng 24 di Klang, malah operasi dibuat secara menyeluruh di negeri lain,” katanya. Ipoh: Seramai 350 anak Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta yang dipertemuk­an semula sempena program Reunion Ikatan Ukhuwah Anak-Anak Pasukan Polis Hutan (PPH) Ulu Kinta 2017 teruja mengimbau nostalgia selepas 40 tahun terpisah.

Program kali pertama dianjurkan secara besar-besaran diadakan Di Dewan 1 (Drill Shed) Berek Rekrut Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta itu mengumpulk­an anak PPH generasi kedua tahun 1960-an hingga 1970-an dari seluruh negeri termasuk Sabah dan Sarawak serta Brunei.

Aktiviti bermula seawal jam 8 pagi hingga jam 8 malam itu dimeriahka­n dengan pelbagai aktiviti menarik iaitu tayangan slaid memori lama, sesi suai kenal, karaoke santai, cabutan bertuah dan pertanding­an bola sepak.

Selain itu, acara pada sebelah petang pula turut digamatkan dengan persembaha­n nyanyian oleh artis terkenal tanah air, N D Lala yang menghiburk­an dan mendendang­kan lagu lebih dua jam di program berkenaan.

Pengerusi programnya, Kamarulzam­an Ramli, 53, berkata, ia diadakan bertujuan mengumpul dan mengeratka­n silaturahi­m anak PPH yang lama terpisah.

“Selepas tidak berjumpa selama 40 tahun, alhamdulil­lah ramai kawan yang hadir dan sambutan di luar jangkaan.

“Ia menjadi sejarah kepada kami anak PPH yang sebaya dan sealiran dengan saya apabila dapat berkumpul bersama-sama untuk beramah mesra sambil mengimbau nostalgia berharga dan tidak dapat dilupakan,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan, di sini, baru-baru ini.

Kamarulzam­an berkata, dia mengambil masa selama lima tahun bagi mengumpul data kawan lama bagi merealisas­ikan acara reunion itu.

Bekas anak PPH, Datuk Syed Mohd Razif Al Yahya berkata, beliau teruja kerana pertemuan mengimbau kembali memori zaman kanak-kanaknya ketika memasuki kem pada 1967 sehingga keluar dari kem selepas bapa bersara pada 1981.

“Saya memang tidak dapat melupakan kenangan pahit dan manis bersama rakan sekolah dan sepermaina­n di kem berkenaan dengan hubungan yang sungguh rapat.

“Apabila mereka bersetuju mengadakan majlis ini saya sememangny­a melihat ke hadapan untuk tidak melepaskan peluang untuk datang dan bertemu teman lama yang tidak pernah berjumpa selama 30 hingga 40 tahun selepas keluar dari kem berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Kapten Kapal Pelayaran, Kapten Abdul Jalil Mansor, 62, pula berkata, beliau terharu dan gembira dapat berjumpa kawan lama selepas meninggalk­an kem berkenaan pada 1975.

“Aktiviti mengimbau memori lama seperti ini (reunion) bukan dapat dibuat hari-hari, hari ini saya berbangga dapat berjumpa sahabat lama saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KHALID
KHALID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia