Harian Metro

Tuah penyertaan saat akhir

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

„ Raj dinobatkan juara MBBC 2017 tewaskan 1,400 pelajar

Percubaan kali kedua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur menyertai Pertanding­an Neurosains Peringkat Kebangsaan, ‘Malaysia Brain Bee Challenge’ (MBBC) 2017 di sini, membawa tuah apabila dinobatkan juara, semalam.

Keputusan itu sekali gus melayakkan Elwin Raj, 17, mewakili Malaysia ke pertanding­an ‘Internatio­nal Brain Bee Championsh­ip’ (IBBC) 2017 anjuran American Psychologi­cal Associatio­n (APA) yang akan berlangsun­g di Washington DC, Amerika Syarikat, Ogos depan.

Pada pertanding­an selama dua hari bermula kelmarin, 27 peserta yang terpilih ke pusingan akhir dalam kalangan 1,400 pelajar seluruh negara diuji lima peringkat ujian lisan dan bertulis berkaitan bidang neurosains.

Raj berkata, dia menghantar borang penyertaan pada saat akhir iaitu dua minggu sebelum permohonan ditutup.

Katanya, sebagai persediaan awal, dia memperuntu­kkan masa sekurang-kurangnya dua jam setengah untuk membaca buku berkaitan neurosains, selain melakukan latih tubi kuiz secara atas talian.

“Tahun lalu, saya hanya berada dalam kelompok 10 teratas, namun itu adalah cabaran terbesar bagi saya dalam pertanding­an pada kali ini kerana semua peserta hebat belaka.

“Pada masa sama, saya turut mendapat tunjuk ajar daripada guru di sekolah, selain ibu dan ayah. Hari ini (semalam), segala usaha dan penat lelah terbalas dengan kejayaan ini,” katanya ketika ditemui selepas Pertanding­an MBBC anjuran Persatuan Jaringan Neorosians Kelantan di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

Raj turut menerima Anugerah Al-Biruni, sekali gus membawa pulang wang tunai RM550 dan sijil penyertaan disampaika­n Ketua Jabatan Pusat Sains Perubatan USM Prof Dr Din Suhaimi Sidek.

Hadir sama, Pengarah Pusat Perkhidmat­an dan Penyelidik­an Neurosains USM Prof Datuk Dr Jafri Malin Abdullah dan Pensyarah Perubatan USM merangkap ketua projek MBBC 2017 Prof Madya Dr Muzaimi Mustapha.

Sementara itu, Dr Muzaimi berkata, pertanding­an MBBC yang diperkenal­kan pada 2012 bertujuan untuk memperkena­lkan dan menyemai kesedaran mengenai bidang neurosains dalam kalangan generasi muda bermula di peringkat sekolah menengah.

“MBBC adalah inisiatif perkongsia­n ilmu neurosains daripada projek libatsama ‘BrainBee @ USM’ yang disokong geran Bahagian Jaringan Industri Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama sembilan universiti tempatan.

“Pada masa depan, kami jangkakan lebih banyak universiti akan memberi kerjasama dalam memperkasa­kan program ini,” katanya.

 ?? FOTO: ?? RAJ (kiri) menerima sijil yang disampaika­n Dr Din Suhaimi (dua dari kiri) selepas menjuarai MBCC 2017 di Dewan Kuliah 4, Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kota Bharu.
FOTO: RAJ (kiri) menerima sijil yang disampaika­n Dr Din Suhaimi (dua dari kiri) selepas menjuarai MBCC 2017 di Dewan Kuliah 4, Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia