Harian Metro

100 peserta sertai jelajah hari kedua

-

Alor Setar: Larian Bendera sempena Ulang Tahun UMNO ke-71 yang memasuki hari kedua di negeri ini, semalam, disertai lebih 100 peserta bermula dari Jitra ke Jerai.

Selain Jitra, larian sejauh 77 kilometer itu turut melalui kawasan seperti Kepala Batas, Hutan Kampung, Bandar Raya Alor Setar, Tandop, Kota Sarang Semut, sebelum berakhir di Jerai.

Sebelum itu, konvoi larian bermalam di Jitra selepas menjelajah segenap kawasan Parlimen di Perlis seperti Padang Besar, Kangar dan Arau, sebelum meneruskan larian ke Kedah menerusi laluan di Kodiang sehingga ke Jitra.

Konvoi larian bermula pada jam 8 pagi itu turut disertai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena Datuk Ariffin Man sebelum singgah di Jalan Sultanah, Alor Setar.

Beliau kemudian menyerahka­n bendera UMNO kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Zamri Mat sebagai simbolik untuk meneruskan larian ke destinasi seterusnya.

Larian di Kedah akan merangkumi laluan di kawasan Parlimen seperti Kubang Pasu, Alor Setar, Kuala Kedah, Jerai, Merbok, Sungai Petani, sebelum dijangka diserahkan kepada wakil UMNO Pulau Pinang di sekitar kawasan sempadan Kedah-Pulau Pinang, hari ini.

Larian turut menerima penyertaan dari kawasan Parlimen yang tidak dilalui konvoi larian ini seperti Langkawi, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Baling, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin.

 ??  ?? ARIFFIN (tengah) bersama peserta meneruskan larian dari Pokok Sena ke Alor Setar.
ARIFFIN (tengah) bersama peserta meneruskan larian dari Pokok Sena ke Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia