Harian Metro

‘Tanya masalah, dekati orang muda’

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman @hmetro.com.my

„ Pemimpin perlu sedia pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan

Jangan jemu mendekati orang muda, selain terus membuka peluang dan ruang kepada golongan itu untuk menarik minat serta meyakinkan mereka bahawa UMNO masih relevan untuk memimpin negara ini, sekali gus membela nasib Melayu dan kesucian Islam.

Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) Terengganu Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata, langkah itu penting bagi memastikan generasi muda tidak mudah terpengaru­h dan terpedaya dengan pelbagai tohmahan serta fitnah dilemparka­n terhadap UMNO.

“Kita tak boleh membiarkan sejarah perjuangan UMNO terhakis begitu saja dan bantuan orang muda diperlukan untuk meneruskan kesinambun­gan ini.

“Kaedah paling berkesan untuk meyakinkan golongan ini adalah dengan menyediaka­n pelbagai peluang seperti pekerjaan atau memudahkan mereka berniaga,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Beliau yang pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong bermula 1974 hingga 1995 berkata, pucuk pimpinan parti juga seharusnya mempercaya­i kebolehan golongan muda untuk memikul tanggungja­wab menjadi pemimpin.

Mengambil contoh dirinya yang menjadi wakil rakyat pada usia 33 tahun dan sebelum itu dilantik penghulu mukim ketika baru berumur 19 tahun, Ahmad Sidi berkata, lebih mudah jika orang muda didekati pemimpin yang juga masih muda.

“Lagipun, tentu sekali orang muda lebih mengetahui apa yang diingini dan diperlukan orang muda.

“Ketika saya menjadi wakil rakyat dulu, saya terus-menerus mendekati golongan muda untuk tahu apa masalah dan apa diperlukan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Sidi turut mengingatk­an ahli UMNO supaya tidak keterlalua­n bermusuh dengan pembangkan­g terutama mereka yang seagama.

“Saya sendiri pernah bertanding melawan abang seibu (Allahyarha­m Salleh Mohamad) yang mewakili Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) pada PRU (Pilihan Raya Umum) 1974.

“Bagaimanap­un, saya pastikan perbezaan fahaman politik tidak memutuskan ikatan kekeluarga­an dan hubungan kami tetap baik selepas PRU,” katanya.

 ?? Ahmad Sidi ?? Ketika saya menjadi wakil rakyat dulu, saya terus-menerus mendekati golongan muda untuk tahu apa masalah dan apa diperlukan mereka”
Ahmad Sidi Ketika saya menjadi wakil rakyat dulu, saya terus-menerus mendekati golongan muda untuk tahu apa masalah dan apa diperlukan mereka”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia