Harian Metro

Mengadu nak tukar sekolah

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

„ Mangsa buli suarakan hasrat mahu berubah sebelum meninggal dunia

“Dia berulang kali memberitah­u mahu bertukar ke sekolah lain. Dia juga berjanji mahu berubah dan belajar bersungguh-sungguh,” kata M Selvaraja, 51, bapa Pravin, 15, yang meninggal dunia dipercayai dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar, minggu lalu.

Pelajar lelaki terbabit meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, dekat sini, jam 9.30 malam kelmarin, selepas enam hari bertarung nyawa.

Selvaraja berkata, sebelum ini anak lelakinya terbabit dalam aktiviti menghidu gam dan dia sering memarahi anaknya termasuk berbincang dengan pihak sekolah untuk mengatasi masalah itu.

“Saya memantau aktiviti Pravin dan tahu dia terbabit masalah disiplin. Dia berkawan dengan kumpulan pelajar bermasalah dan sering ponteng sekolah. Disebabkan itu, saya sering memarahi dan mengawal pergerakan­nya.

“Malah, saya berjumpa guru sekolah untuk berbincang dan mereka menasihati saya menukar anak ke sekolah lain. Oleh itu, saya memberhent­ikan Pravin pada 31 Mac lalu dan berada di bawah pemantauan saya selama sebulan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Cempaka, di sini, semalam.

Menurutnya, selama tempoh itu, Pravin banyak berubah menjadi lebih baik dan memberitah­u mahu bersekolah semula di sekolah lain.

Katanya, dia berhasrat menghantar Pravin ke sebuah sekolah di Taman Cempaka di sini, pada bulan ini namun tidak sempat berbuat demikian apabila anak bongsu daripada empat beradik itu meninggal dunia.

Selvaraja yang bekerja sebagai penoreh getah berkata, ketika kejadian pada 26 April lalu, anaknya meminta izin untuk keluar berjumpa rakan dan dia menghantar anaknya sebelum mengambiln­ya semula pada petang kejadian.

“Saya lihat bajunya basah kuyup dan dia mengadu dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar sekolah lain. Saya sangka dia menipu dan pergi hidu gam lagi menyebabka­n saya memarahiny­a.

“Bagaimanap­un, keesokanny­a isteri lihat keadaan Pravin semakin lemah dan dia muntah. Saya segera membawanya ke Klinik Kesihatan Nilai sebelum dirujuk ke HTJ,” katanya.

Selvaraja berharap pihak berkaitan menjalanka­n siasatan menyeluruh berhubung kejadian itu demi keadilan untuk anaknya selain tidak mahu kejadian sama menimpa pelajar lain.

 ??  ?? IBU mangsa, R Devani yang sedih dengan kehilangan Pravin ditenangka­n ahli keluargany­a.
AHLI keluarga meratapi kematian mangsa.
IBU mangsa, R Devani yang sedih dengan kehilangan Pravin ditenangka­n ahli keluargany­a. AHLI keluarga meratapi kematian mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia