Harian Metro

Kumpul makanan ‘terbuang’

-

Kuala Lumpur: Tiada lagi lebihan makanan seperti ikan, sayur dan buah dibuang begitu saja dari Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) apabila sebuah pertubuhan melaksanak­an aktiviti mengumpul serta menyelamat­kan makanan di pasar berkenaan, baru-baru ini.

Inisiatif yang dijalankan Persatuan Kebajikan Ibu Bapa Antarabang­sa Kuala Lumpur (PINK) menerusi Projek The Lost Food (TLFP) itu bermula sejak 12 April lalu.

Pengarah Jabatan Perlesenan dan Pembanguna­n Penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Zaharudin Basiron berkata, usaha murni itu mendapat sokongan pihaknya kerana lebihan makanan dikumpul akan diagihkan kepada golongan kurang berkemampu­an dan badan amal atau rumah kebajikan.

“Tindakan ini harus dipuji kerana ia dilakukan untuk amal, malah mampu mengelakka­n pembaziran di PBKL.

“Hampir 15,000 tan makanan dibazirkan oleh rakyat Malaysia setiap hari dan sekurang-kurangnya 3,000 tan masih elok dan boleh dimakan,” katanya selepas merasmikan TLFP di PBKL, di sini, semalam.

Menurutnya, DBKL juga menjadi rakan kerjasama strategik kepada pemborong sayur, ikan dan buah di PBKL untuk menjadikan visi serta misi TLFP terlaksana.

“DBKL memberi kebenaran kepada kumpulan TLFP memasuki PBKL tiga kali seminggu, memperuntu­kkan tempat letak kenderaan khas untuk trak TLFP dan tempoh masa parkir adalah tiga jam dalam satu masa,” katanya.

Sementara itu, Pengasas TLFP Suzazane Mooney berkata, mereka juga bekerjasam­a dengan pasar raya khususnya dalam mengurangk­an pembaziran makanan kerana ia boleh didermakan kepada golongan miskin.

 ??  ?? ZAHARUDIN (lima dari kiri) menyerahka­n bakul berisi sayur dan buah-buahan tempatan kepada Suzanne pada majlis Pelancaran Kolaborasi untuk The Lost Food Project di Pasar Borong Kuala Lumpur. FAKTA DBKL beri kebenaran kepada kumpulan TLFP memasuki PBKL...
ZAHARUDIN (lima dari kiri) menyerahka­n bakul berisi sayur dan buah-buahan tempatan kepada Suzanne pada majlis Pelancaran Kolaborasi untuk The Lost Food Project di Pasar Borong Kuala Lumpur. FAKTA DBKL beri kebenaran kepada kumpulan TLFP memasuki PBKL...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia