Harian Metro

Nampak mayat riadah terbantut Parah angkara muntah

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang sedang beriadah di Tasik Danau Kota, Setapak, di sini, terkejut apabila menemui mayat lelaki terapung di tasik itu.

Mayat mangsa ditemui pada jam 7.30 pagi kelmarin, sebelum disahkan identitiny­a sebagai, Lee Boon Kian, 72.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat itu.

“Pegawai polis penyiasat bersama anggota polis kemudian ke lokasi dan meminta bantuan pihak bomba untuk membawa mayat mangsa naik ke tebing tasik. Mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya ketika dihubungi, semalam. Beliau berkata, Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) HKL yang menjalanka­n siasatan mendapati tiada unsur jenayah pada mayat mangsa.

“Kami percaya mangsa mungkin tergelinci­r di lokasi sebelum terjatuh ke dalam tasik. Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah lemas,” katanya.

Panik dikejar orang ramai selepas dituduh cuba memecah masuk sebuah rumah menyebabka­n seorang lelaki terjun ke dalam longkang berhampira­n jalan di Sentul Timur di sini.

Bagaimanap­un tindakan itu menyebabka­n dia terperangk­ap di dalam longkang berkenaan hampir satu jam sebelum diselamatk­an anggota polis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kejadian berlaku jam 11 malam kelmarin, ketika suspek berusia 20-an dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas minum di sebuah restoran berhampira­n.

“Suspek melalui kawasan sebuah rumah yang sering menjadi laluannya.

“Dia yang dalam keadaan mabuk dikatakan muntah ketika berada di belakang rumah terbabit.

“Isteri pemilik rumah itu yang terkejut dengan kehadiran suspek memanggil suaminya dan menuduh suspek cuba memecah masuk rumah mereka,” katanya.

Munusamy berkata, jiran mangsa yang mendengar kekecohan itu mengejar lelaki itu menyebabka­n dia melarikan diri.

“Suspek yang panik selepas dikejar beberapa penduduk kawasan berkenaan bertindak terjun ke dalam longkang berhampira­n jalan untuk menyelamat­kan diri.

“Tindakan itu menyebabka­n dia terperangk­ap hampir satu jam dalam longkang berkenaan sebelum dikeluarka­n orang ramai untuk

„ Lelaki mabuk dituduh pecah rumah terjun dalam longkang

diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul untuk membantu siasatan.

“Kami masih menjalanka­n siasatan berhubung dakwaan pemilik rumah yang mengesyaki lelaki itu cuba memecah masuk kediaman mereka.

“Pada masa sama, keterangan daripada suspek sudah diambil dan siasatan di lokasi kejadian dilakukan bagi mengenal pasti sekiranya ada unsur jenayah,” katanya.

 ??  ?? LELAKI berkenaan terperangk­ap di dalam longkang sebelum diselamatk­an anggota polis.
LELAKI berkenaan terperangk­ap di dalam longkang sebelum diselamatk­an anggota polis.
 ??  ?? MAYAT dihantar ke HKL untuk bedah siasat.
MAYAT dihantar ke HKL untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia