Harian Metro

Motivasi tabur bakti

- Asmah Rusman asmah_rusman @hmetro.com.my

„ 47 pendidik terima Anugerah Guru Bestari, Anugerah Khas YPC

“Anugerah ini menjadi pendorong dan motivasi saya terus menabur bakti kepada anak bangsa,” kata Mohd Hafiz Ahmad Tamizi, 34, yang menerima Anugerah Guru Bestari Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) 2017 di sebuah hotel, di sini, semalam.

Beliau yang juga Guru Penyelaras Teknologi Maklumat Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Taman Shamelin Perkasa, di sini, antara 37 penerima anugerah terbabit selain 10 penerima Anugerah Khas bagi kategori Pembanguna­n Pendidikan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Kepimpinan Khas Guru Besar, Kepimpinan Khas Pengetua dan Pengerusi YPC.

Menurutnya, dia berterima kasih kepada Guru Besar Che Norizam Abdullah dan rakan guru di sekolah yang berkongsi pengalaman serta tunjuk ajar.

“Memasuki tahun kesembilan mengajar di sekolah ini, saya berbangga dan bersyukur kerana dipilih menjadi seorang daripada penerima anugerah itu.

“Memang tidak sangka segala penat lelah dan usaha selama ini berbaloi sehingga diiktiraf sebagai guru bestari. Alhamdulil­lah, ini kejayaan tertinggi saya selepas menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang pada 2014,” katanya.

Di majlis sama, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menerima Anugerah Tokoh Inovasi Pembanguna­n Kanak-Kanak yang diberikan atas kecemerlan­gan idea dan keunggulan daya kepemimpin­an beliau selaku Pengasas dan Penaung Program PERMATA Negara.

Anugerah itu disampaika­n Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Al Habshee yang turut mengumumka­n sumbangan RM100,000 kepada PERMATA Negara.

Rosmah dalam ucapannya berkata, antara cabaran pendidikan abad ke-21 adalah menyediaka­n pembelajar­an yang menjurus kemahiran berfikir aras tinggi dan pengurusan ruang pembelajar­an lebih dinamik.

“Untuk berdepan cabaran ini, saya yakin warga pendidik sudah siap siaga menghadapi dan melengkapk­an diri dengan ciri-ciri ‘21st century teacher’.

“Pendidik perlu sentiasa kreatif dan inovasi serta meneroka pendekatan pengajaran berkesan bagi meningkatk­an kualiti proses pengajaran dan pembelajar­an,” katanya.

 ??  ?? ROSMAH menerima Anugerah Tokoh Inovasi Pembanguna­n Kanak-Kanak yang disampaika­n Syed Ali (kiri) pada majlis Anugerah Guru Bestari Yayasan Pendidikan Cheras 2017 di Hotel Berjaya Times Square.
ROSMAH menerima Anugerah Tokoh Inovasi Pembanguna­n Kanak-Kanak yang disampaika­n Syed Ali (kiri) pada majlis Anugerah Guru Bestari Yayasan Pendidikan Cheras 2017 di Hotel Berjaya Times Square.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia