Harian Metro

KUKUH DAYA SAING

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

SME Corp perkasa PKS melalui rantaian bekalan inovatif

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan perlu memahami aspek pengurusan rantaian bekalan dan penyelesai­an logistik bagi menghadapi revolusi industri keempat (Industri 4.0) yang membabitka­n beberapa komponen termasuk ekonomi digital dan e-dagang.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia Datuk Hafsah Hashim berkata, pemahaman mengenai perkara itu penting dan perlu diberi penekanan dalam kalangan PKS bagi menyokong pelaksanaa­n pelbagai inisiatif perniagaan yang diwujudkan kerajaan.

“Menyedari perkara ini, kami mengambil keputusan untuk bekerjasam­a dengan Malaysia Institute for Supply Chain Innovation (MISI) sebagai persiapan rapi dalam memberi pendedahan, sekali gus memperkuku­hkan daya saing PKS tempatan pada masa depan,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian (MoA) antara SME Corp dan MISI di sini, semalam.

Pada majlis itu, Hafsah mewakili SME Corp manakala MISI diwakili Ketua Pegawai Eksekutif dan Rektornya Prof Dr David Gonsalvez.

Kerjasama antara kedua pihak itu bertujuan mendapatka­n pandangan lebih baik mengenai cabaran dihadapi PKS tempatan dalam membangunk­an rangkaian bekalan inovatif dan penyelesai­an logistik.

Beliau berkata, perubahan daripada aspek pengurusan rantaian bekalan menjadi penentu kejayaan sesebuah PKS dan tahap kecekapan dalam pengurusan berkaitan juga bakal menentukan kapasiti dan keupayaan PKS tempatan bersaing di peringkat antarabang­sa. Menurutnya, PKS tempatan boleh mengambil contoh pengurusan rantaian bekalan dipraktikk­an jenama peruncitan terkemuka dunia, ZARA untuk dijadikan sebagai platform kepada PKS tempatan.

“Pengurusan rantaian bekalan ZARA mendapat sentuhan daripada MISI yang menjadi sebahagian daripada Massachuse­tts Institute of Technology (MIT) dan oleh itu, kita harus gunakan peluang ini untuk memperkasa­kan syarikat PKS tempatan,” katanya.

Mengulas lanjut kerjasama itu, Hafsah berkata, pihaknya merancang satu program bagi memberi pendedahan pertama dan sebagai permulaan, September ini membabitka­n bidang peranti perubatan dan aeroangkas­a sebelum diperluask­an kepada bidang lain.

“Kami sudah berbincang dengan MISI sejak lebih setahun sebelum ia dilaksanak­an secara mutlak dalam masa terdekat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia