Harian Metro

Potensi produk halal di Kazakhstan

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) menjangkak­an sektor kewangan Islam dan produk halal berpotensi tinggi untuk dipasarkan ke Kazakhstan.

Pengarah Kanan, Bahagian Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabang­sa Matrade Abu Bakar Koyakutty berkata, sektor berkenaan mendapat perhatian kerajaan Kazakhstan dan pihaknya menjangkak­an potensi lebih besar menanti pemain industri berkenaan.

“Kedua-dua sektor ini dilihat mampu dikembangk­an ke negara berkenaan dan bagi memastikan ia berjalan lancar, satu jawatankua­sa membabitka­n kedua-dua negara akan diwujudkan bagi melihat dengan lebih teliti,” katanya selepas taklimat peluang perniagaan di Kazakhstan di sini, semalam.

Beliau berkata, perbincang­an berkaitan sistem kewangan Islam juga giat dijalankan antara institusi kewangan Malaysia dengan pihak berkaitan di Kazakhstan dan ia masih diteruskan hingga kini.

“Selain isu berkaitan kewangan Islam, Kazakhstan turut memerlukan kepakaran Malaysia bagi membantu mereka dalam proses terbitan sukuk,” katanya.

Setakat ini, jumlah syarikat tempatan yang menjalanka­n perniagaan di Kazakhstan masih rendah dengan tumpuan daripada sektor minyak dan gas serta pembinaan.

Tahun lalu, Kazakhstan menjadi negara rakan dagang Malaysia keempat terbesar dan destinasi keempat untuk eksport.

Jumlah dagangan pada tahun lalu meningkat 36.1 peratus kepada RM203.6 juta berbanding 2015 dengan jumlah eksport ke Kazakhstan meningkat 30.4 peratus kepada RM180.8 juta manakala import dicatatkan sebanyak RM22.8 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia