Harian Metro

Tambah 12 pesawat

„ MAB cadang pembelian bagi tampung cadangan buka 26 laluan baru tahun depan

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Malaysia Airlines Berhad (MAB) merancang menambah antara 10 hingga 12 pesawat badan besar (wide body aircraft) dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew berkata, pertambaha­n itu perlu bagi menampung keperluan Malaysia Airlines yang merancang memperluas­kan penerbanga­n ke 26 laluan baru tahun depan.

“Tahun ini kita menilai untuk membuka 11 laluan baru manakala tahun depan kita mempertimb­angkan membuka 26 laluan baru lagi.

“Jadi, kami memerlukan lebih banyak pesawat badan besar bagi menampung keperluan ini kerana jumlah pesawat yang ada ketika ini tidak mencukupi.

“Tahun depan, kami merancang memperoleh lima hingga tujuh pesawat badan besar,” katanya selepas pengumuman penyertaan MAB dalam inisiatif Negaraku di Bangunan Perdana Putra di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika ini Malaysia Airlines beroperasi di kebanyakan lapangan terbang utama di ASEAN, Australia dan India, selain dalam pelan mengembang­kan operasi ke lebih banyak laluan di China.

“Sekarang kami mempunyai 54 pesawat Boeing 737, 15 pesawat A330 dan enam pesawat A380.

“Perniagaan segmen antarabang­sa Malaysia Airlines menunjukka­n peningkata­n ketara terutama dari China, jadi kita perlu berusaha keras mendapatka­n pesawat baru untuk menampung keperluan ini,” katanya.

Menurutnya, pada masa sama, MAB mengambil kakitangan baru termasuk anak kapal dan bahagian penyelengg­araan bagi memastikan operasi penerbanga­n berjalan lancar.

Katanya, ketika ini, MAB mempunyai 1,100 juruterban­g.

Dalam pada itu, Bellew berkata, pelan pemulihan Malaysia Airlines kini dalam keadaan sangat baik.

“Faktor muatan penumpang Malaysia Airlines dalam tempoh sembilan bulan lalu meningkat kepada 15 peratus. Pada Disember lalu, kami mencatatka­n rekod faktor muatan penumpang tertinggi sebanyak 90 peratus berbanding syarikat perkhidmat­an penerbanga­n penuh lain di dunia.

“Jumlah ini lebih tinggi daripada American Airlines, British Airways dan Singapore Airlines,” katanya.

FAKTA Malaysia Airlines mempunyai 54 pesawat Boeing 737, 15A330 dan enam A380

 ??  ?? NAJIB menerima cenderahat­i daripada Bellew (dua dari kanan) selepas majlis pengumuman Malaysia Airlines sempena Inisiatif Negaraku di Putrajaya, semalam.
NAJIB menerima cenderahat­i daripada Bellew (dua dari kanan) selepas majlis pengumuman Malaysia Airlines sempena Inisiatif Negaraku di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia