Harian Metro

Lotus bakal lancar 3 model baru

-

Kuala Lumpur: Lotus Cars Malaysia Sdn Bhd (Lotus) bakal memperkena­lkan tiga lagi model baru tahun ini dalam mempelbaga­ikan pilihan dan meningkatk­an prestasi jualan kenderaan Lotus di negara ini.

Pengerusin­ya Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, Lotus adalah pasaran yang lebih fokus kepada mereka yang mahukan kenderaan pantas, ringan dan memberi kepuasan memandu dengan rekod jualan sekitar 15 unit setahun sejak diperkenal­kan di Malaysia pada 1998.

“Tahun lalu, pengenalan model Evora mencatatka­n jualan 17 unit dan kami menjangka peningkata­n tahun ini dengan dua model dilancarka­n hari ini,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran model terkini Lotus di Malaysia iaitu 3-Eleven dan Evora Sport 410 dilengkapi enjin 3.5 liter V6, menawarkan kuasa kuda 41 hp, tork maksimum 420 Nm serta pilihan transmisi enam kelajuan automatik dan manual.

Bagi model 3-Eleven, hanya 311 unit dibina setahun dengan kerangka komposit ringan dan ia adalah model paling pantas pernah dihasilkan jenama itu.

Dua varian ditawarkan iaitu Road dan Race dibangunka­n daripada bahagian Lotus Motorsport untuk kegunaan jalan raya dan trek perlumbaan serta mencatatka­n kurang dari tiga saat untuk pecutan dari 0 hingga 100km/j.

Bagi Lotus Evora Sport 410 dengan kuasa dipertingk­atkan serta lebih ringan sebanyak 70 kilogram daripada model Evora 400, ia memberi pengendali­an lebih mantap pada kelajuan tinggi dan hanya dihasilkan sebanyak 150 unit setahun.

“Semua model Lotus ini adalah buatan tangan dan diimport sepenuhnya dari United Kingdom di mana pembeli boleh memilih dari awal proses akan ciri dan aksesori yang mereka inginkan,” katanya.

Bagi model Lotus 3-Eleven hanya terdapat dalam versi manual dan dijual pada harga bermula daripada RM640,855 manakala bagi Evora Sport 410, ia dijual pada harga RM640,999 (manual) dan RM651,999 (automatik).

 ??  ?? AHMAD Fuaad (dua dari kiri) pada majlis pelancaran
Lotus 3-Eleven dan Evora Sport 410, semalam.
AHMAD Fuaad (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Lotus 3-Eleven dan Evora Sport 410, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia