Harian Metro

Kuasai Asia

- Wan Nur Ameera Meor Rozman bisnes@hmetro.com.my

pengembang­an di Indonesia, menapak di Jakarta dan Makassar

Cuckoo rancang kembang perniagaan ke Indonesia, turut intai pasaran Thailand

Cuckoo Internatio­nal (M) Sdn Bhd, optimis mampu menguasai pasaran Asia menerusi segmen perniagaan­nya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Hoe Kian Choon berkata, setakat ini, pihaknya sudah mengembang­kan perniagaan hingga Brunei dan Singapura serta bakal melebarkan sayap ke beberapa negara lain dalam tempoh terdekat.

“Bagi pelan pengembang­an di Indonesia, Cuckoo dirancang mula menapak di dua lokasi utama terlebih dulu iaitu Jakarta dan Makassar serta dijangka menjengah pasaran lain di Indonesia menjelang suku ketiga tahun ini.

“Selain itu, kami juga mengintai peluang perniagaan di Thailand dan berharap perancanga­n penembusan ke negara berkenaan antara hujung tahun ini atau awal tahun depan berjalan lancar,” katanya selepas majlis sambutan pelanggan ke-100,000, di sini.

Beliau berkata, penguasaan pasaran Asia dalam tempoh ditetapkan dijangka dapat dicapai bersandark­an kepada pembukaan lebih banyak kedai jenama berkenaan.

Menurutnya, pihaknya merancang membuka 15 lagi kedai jenama Cuckoo dengan penambahan 10 unit di pasaran Brunei dan bakinya di Singapura.

Mengenai pelan pengembang­an Cuckoo di pasaran tempatan, beliau berkata, pihaknya memperuntu­kkan perbelanja­an modal RM20 juta bagi pembukaan lebih 100 kedai jenama itu di negara ini pada tahun ini menjadikan jumlah keseluruha­n kedai 250 unit.

“Secara purata, kami berupaya membuka kedai jenama baru antara empat hingga lima setiap bulan dan pernah membangunk­an maksimum sehingga 10 unit dalam tempoh sama.

“Berkeluasa­n antara 100 hingga 200 kaki persegi, kedai jenama Cuckoo akan dibuka dalam pusat beli-belah mahupun bangunan pasar raya masing-masing dengan perbelanja­an modal sebanyak RM150,000 setiap satu,” katanya.

Pada majlis itu, Cuckoo turut melancarka­n CUCKOO GOOOD PLAN, satu langkah yang seiring misi Cuckoo bagi memastikan setiap isi rumah di Malaysia memiliki sumber air minuman beralkali yang ringan, bersih dan sihat walaupun berdepan persekitar­an ekonomi mencabar.

Melalui CUCKOO GOOOD PLAN membolehka­n pengguna memiliki Cuckoo King Top, penapis air bernilai RM3,500 yang mempunyai fungsi air beralkali ringan, panas dan sejuk dengan bayaran serendah RM60 sebulan berserta servis daripada kakitangan syarikat.

Dengan pelbagai tawaran pakej menarik dan strategi pemasaran syarikat, Cuckoo yakin mampu mencapai peningkata­n pendapatan sehingga 185 peratus daripada RM75 juta yang diraih tahun lalu kepada RM200 juta menjelang akhir tahun ini.

 ??  ?? HOE (lima dari kanan) pada pelancaran CUCKOO GOOOD PLAN.
HOE (lima dari kanan) pada pelancaran CUCKOO GOOOD PLAN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia