Harian Metro

Optimis produk susu kambing jana RM3 juta

-

Batu Pahat: LeVea Resources, pengeluar produk susu kambing LeVea yakin mampu menjana pendapatan sehingga RM3 juta menjelang akhir tahun ini bersandark­an jualan lebih RM50,000 sebulan produk susu kambing keluaranny­a yang mendapat sambutan baik pengguna sejak diperkenal­kan sebulan lalu.

Pemilik merangkap Pengarah Urusan LeVea Resources Zuriyati Mohd Sahak berkata, pengguna kini semakin menyedari kepentinga­n susu kambing yang mengandung­i khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

Beliau berkata, syarikatny­a melaksanak­an pemasaran strategik bersama lebih 100 ejen di seluruh negara dan menjalin perkongsia­n bijak bersama pembekal dari Belanda bagi meningkatk­an pemasaran kepada pengguna di negara ini.

“Bagi mengembang­kan lagi jualan produk di pasaran tempatan, kami menembusi farmasi di seluruh negara selain turut mempunyai kilang sendiri bertaraf Amalan Pengilanga­n Baik (GMP) di Nilai, Negeri Sembilan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, LeVea Resources mempelawa usahawan Bumiputera terutama wanita untuk menjadi stokis dengan mengunjung­i laman web di alamat, www.levea.com. my atau Facebook leveaoffic­ial.

Beliau berkata, bagi memantapka­n lagi kualiti produk, pelbagai proses penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) produk dijalankan dalam usaha memastikan keberkesan­an produk menerusi pelbagai penambahba­ikan dari semasa ke semasa.

“Kajian saintifik oleh pakar pemakanan kami menunjukka­n kelebihan susu kambing yang baik untuk kesihatan.

“Lebih menarik, susu kambing LeVea diolah dalam bentuk serbuk dan mengandung­i kalsium serta protein tinggi dengan laktosa lebih rendah dan sangat baik untuk proses penghadama­n,” katanya.

Menurutnya, rumusan bahan terpilih seperti Almanna atau gam Arab, Ginko Bilora dan beberapa lagi sumber makanan sunah dipercayai dapat membantu memberi khasiat dengan rasa susu yang istimewa untuk sisi keluarga.

 ??  ?? ZURIYATI (kiri) bersama kakitangan­nya menunjukka­n produk LeVea.
ZURIYATI (kiri) bersama kakitangan­nya menunjukka­n produk LeVea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia