Harian Metro

KEPALA DI PERUT

- Daily Mail

Bayi dilahirkan dengan kembar parasit melekat pada badan

Doktor di India memberi harapan baru kepada seorang bayi perempuan yang lahir dengan kepala kembarnya yang mati dalam kandungan - melekat pada perutnya.

Pakar di Hospital JK Lone di Jaipur berjaya membuang kepala kembar parasit itu dalam pembedahan kompleks selama empat jam.

Kepala yang dibuang tidak mempunyai mata atau telinga dan kanak-kanak berkenaan turut mempunyai tangan ketiga yang juga milik kembar tidak jadinya.

Ibu kanak-kanak itu yang berusia 21 tahun dilaporkan mendapat rawatan selepas mengalami kesakitan ketika mengandung.

Hasil imbasan sonografi dan ultrabunyi menunjukka­n dia mengandung kembar tanpa menyedari seorang daripadany­a sebenarnya menjadi parasit. Berbeza dengan kembar siam, kandungan menjadi parasit apabila tidak terbentuk sempurna atau bergantung sepenuhnya kepada fetus kembarnya yang sempurna. Pakar sakit puan Dr Vijiyeta Garg berkata, walaupun rumit pembedahan boleh dilakukan untuk membuang kembar berkenaan.

Selepas dilahirkan melalui Caesarean, bayi berkenaan yang juga anak sulung pasangan wanita itu dan suaminya menjalani pembedahan 26 April lalu.

Hospital terbabit juga tidak mengenakan sebarang caj untuk pembedahan dan pemeriksaa­n susulan.

Bayi itu kini dilaporkan dalam keadaan baik dan akan dibenarkan pulang tidak lama lagi.

 ??  ?? KEADAAN bayi itu sebelum dan selepas pembedahan. - SCMP
KEADAAN bayi itu sebelum dan selepas pembedahan. - SCMP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia