Harian Metro

Larang wanita guna telefon bimbit

-

New Delhi: Sebuah perkampung­an di India melarang wanita menggunaka­n telefon bimbit di khalayak ramai dalam usaha mengekang pergaulan mereka dengan lelaki, malah denda tinggi turut dikenakan untuk mereka yang melanggar peraturan itu.

Khap panchayat atau majlis orang tua kampung di Madora, Uttar Pradesh, memutuskan Selasa lalu, wanita yang menggunaka­n telefon bimbit di luar rumah akan didenda 21,000 rupee (RM1,400) - jumlah yang amat tinggi untuk orang kebanyakan di India.

Ketua Polis Arun Kumar Singh berkata: “Kami menerima aduan bahawa kaum wanita dilarang menggunaka­n telefon bimbit.

“Perintah seperti itu bertentang­an dengan perlembaga­an dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya.”

Katanya, majlis berkenaan mendakwa telefon bimbit membantu wanita bujang berkahwin lari dengan lelaki pilihan dan larangan itu boleh mengehadka­n interaksi mereka dengan lelaki.

Majlis itu turut mengenakan denda terhadap mereka yang menyembeli­h lembu - perbuatan yang diharamkan di kebanyakan negeri di India.

“Kami menyokong usaha mereka mengekang aktiviti haram, tetapi bukan untuk menyekat kebebasan wanita,” kata Singh.

Khap panchayat biasanya dianggotai orang tua kampung kampung di India dan walaupun diharamkan, ia masih berpengaru­h.

Antara tindakan khap panchayat termasuk melarang wanita berseluar jeans, selain kerap dipersalah­kan untuk mengeluark­an arahan pembunuhan maruah terhadap pasangan yang berkahwin di luar kasta atau berbeza agama.

Pengkritik menuduh mereka bertindak seperti mahkamah dan melaksanak­an pelbagai hukuman untuk perkara yang dianggap melanggar peraturan tanpa garis panduan tetap. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia