Harian Metro

Regina Lopez dipecat

Kongres Filipina enggan sahkan jawatan Setiausaha Alam Sekitar

- Reuters

Setiausaha Alam Sekitar Filipina, Regina Lopez semalam dipecat selepas anggota Kongres enggan mengesahka­n jawatannya, kemenangan besar bagi industri perlombong­an yang dituduhnya rasuah dan salah guna kuasa.

Sepanjang memegang jawatan berkenaan selama 10 bulan, Regina mencetuska­n kekalutan dalam industri berkenaan apabila berusaha untuk menutup dua per tiga lombong yang ada di Filipina dan mengharamk­an pembukaan lombong baru.

Walaupun mendapat sokongan kuat Presiden Rodrigo Duterte yang mengan- cam untuk menutup industri perlombong­an, satu jawatankua­sa Kongres menolak pelantikan­nya.

Bercakap di sidang akhbar selepas keputusan itu, Regina yang berang dan dengan nada marah berkata: “Jika kamu hendak disahkan memegang jawatan, jangan menentang industri besar.”

Dengan Filipina menjadi pembekal bijih nikel dunia dan sumber utama tembaga, kempen Regina memberi kesan kepada harga komoditi global.

Dia bercadang mengarahka­n penutupan 29 daripada 40 lombong di seluruh Filipina dan membatalka­n puluhan yang lain.

Tindakan Kongres menolak anggota Kabinet yang dilantik presiden jarang berlaku di Filipina.

Walaupun kerajaan campuran Duterte mempunyai majoriti di kedua-dua dewan, Regina adalah pelantikan kedua presiden itu yang ditolak.

Mac lalu, Kongres menolak pelantikan Perfecto Yasay sebagai setiausaha luar apabila suruhanjay­a pelantikan memutuskan dia berbohong ketika perbicaraa­n kongres mengenai dia memegang kerakyatan Amerika Syarikat.

 ??  ?? REGINA
REGINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia