Harian Metro

Cikgu tarik rambut budak masuk kelas

-

Rakaman video menunjukka­n seorang murid perempuan diheret rambutnya oleh gurunya kerana enggan memasuki bilik darjah tular di China dan mencetuska­n kemarahan pengguna Internet.

Kejadian di Dongguan di wilayah Guangdong itu dirakam seorang posmen yang kebetulan melihat perbuatan guru itu pada 2

Mei lalu. Dia kemudian memuatnaik video itu di Internet.

Peoples Daily Online melaporkan guru itu digantung kerja kerana menyerang muridnya secara fizikal.

Dalam video itu, guru berkenaan dilihat membawa pakaian seragam sekolah di tangan kirinya manakala tangan kanannya menarik rambut murid itu dan mengheretn­ya ke sekolah.

Budak berkenaan kedengaran meraung ‘saya mahu pulang!’

Posmen itu kemudian didengar menegur perbuatan berkenaan dengan bertanya: “Cikgu, bagaimana kamu boleh buat begini pada murid sekolah rendah?”

Guru itu menjawab: “Ini anak murid saya, jaga hal kamu sendiri.”

Posmen berkenaan terus menegur perbuatann­ya itu tetapi tidak diendahkan guru berkenaan.

Menurut kakitangan sekolah, budak itu keluar makan tengah hari bersama ibunya dan enggan masuk semula ke kelas untuk sesi petang.

Selepas 30 minit dipujuk gurunya, budak itu bersetuju masuk ke kelas semula tetapi ketika separuh jalan dia mula menangis menyebabka­n guru itu berang.

People's Daily Online melaporkan, guru besar sekolah itu menghubung­i ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan meminta maaf secara peribadi. Daily Mail

 ??  ?? GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukka­n guru berkenaan menarik rambut anak muridnya untuk mengheretn­ya masuk ke kelas. - Agensi
GAMBAR yang dipetik dari rakaman video menunjukka­n guru berkenaan menarik rambut anak muridnya untuk mengheretn­ya masuk ke kelas. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia