Harian Metro

Pakatan 3 janda

- Agensi

Bekas isteri buat laporan polis halang bekas suami kahwin mangsa keempat

Hasrat seorang lelaki untuk berkahwin kali keempat musnah selepas tiga bekas isteri yang diceraikan dengan talak tiga membuat laporan polis, menuduh dia merogol gadis bawah umur serta mengancam untuk menyebarka­n gambar lucah mereka.

Menurut polis, tiga wanita itu membuat laporan dua hari lalu untuk membuat aduan terhadap bekas suami mereka yang dikenali sebagai Danish, 30.

Danish dilaporkan mengahwini isteri pertamanya pada 2013 dan me- rakam gambar lucah wanita itu yang disimpanny­a.

Selepas perbalahan mengenai wang dia mengancam wanita itu dan keluargany­a yang dia akan menyebarka­n gambar berkenaan untuk mendapatka­n wang.

Dia kemudian menceraika­n wanita itu dengan talak tiga sebelum berkahwin kali kedua. Perkahwina­n kedua hanya bertahan setahun sebelum dia turut menceraika­n isterinya dengan talak tiga.

Susulan itu, pada 24 Ok- tober tahun lalu, dia didakwa pergi ke rumah saudaranya, tempat dia merogol sepupunya berusia 15 tahun yang kemudian dipaksanya berkahwin dengannya.

Isteri itu juga menjadi mangsa apabila dia merakam gambar lucahnya dan mengancam menyebarka­nnya di Internet jika dia tidak mengikut kehendakny­a.

Sebaik tiga bekas isteri itu mendapat tahu Danish mahu berkahwin kali keempat, mereka sepakat membuat laporan polis untuk menghalang seorang lagi wanita menjadi mangsanya.

Superinten­dan Dinesh Tripathi mengesahka­n laporan polis sudah difailkan terhadap lelaki itu dan siasatan sudah mula dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia