Harian Metro

Penentang enggan runding

- AFP

Pejuang anti-Bashar bantah serangan berterusan sasar orang awam

Kumpulan penentang rejim Syria semalam berkata, mereka menggantun­g penyertaan dalam pusingan terbaru rundingan damai yang bermula di sini semalam kerana membantah serangan udara berterusan terhadap penduduk awam.

Pusingan baru rundingan itu sepatutnya membincang­kan pelan untuk mewujudkan zon selamat.

“Kami menggantun­g penyertaan dalam rundingan itu kerana serangan udara yang menyasarka­n orang awam masih diteruskan oleh rejim Bashar al-Assad. Kami tidak akan berunding sehingga pengeboman dihentikan di seluruh Syria,” menurut sumber kumpulan itu di Astana.

Perwakilan kerajaan dan kumpulan penentang itu berada di ibu negara Kazakhstan itu untuk memulakan pusingan keempat rundingan damai yang ditaja oleh penyokong Bashar, Russia dan Iran, serta penyokong penentang, Turki.

Rundingan pusingan terbaru itu bermula dengan beberapa siri mesyuarat dua hala dan ditetapkan untuk memberi tumpuan terhadap rancangan Russia bagi mewujudkan zon selamat di Syria.

Menurut rancangan berkenaan, zon itu akan diwujudkan di kawasan yang dikuasai penentang di Idlib, wilayah di barat laut Syria, di sebahagian wilayah Homs dan Ghouta Timur berhampira­n Damsyik.

Tujuannya ialah untuk menamatkan keganasan dan menyediaka­n keadaan selamat untuk penduduk yang melarikan diri dari kawasan itu pulang secara sukarela.

Ia juga akan menyaksika­n penghantar­an serta-merta bantuan makanan dan ubat-ubatan.

Sekatan jalan raya dan pusat pengawasan akan didirikan di sekitar zon berkenaan dan dikendalik­an oleh tentera kerajaan serta pejuang penentang.

Khidmat tentera beberapa negara pemerhati mungkin digunakan.

 ??  ?? KEBAKARAN berlaku selepas sebuah
kereta meletup di kawasan yang dikuasai penentang di bandar Azaz,
utara Syria, semalam. Lima orang, termasuk seorang anggota polis cedera
dalam kejadian itu. - AFP
KEBAKARAN berlaku selepas sebuah kereta meletup di kawasan yang dikuasai penentang di bandar Azaz, utara Syria, semalam. Lima orang, termasuk seorang anggota polis cedera dalam kejadian itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia