Harian Metro

SEDIA PECUT!

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Husniah mahu emas KL2017 sebagai pencetus untuk terus lakar kejayaan

Perjalanan pemegang rekod 100 meter wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli masih jauh apabila tidak hanya menyasarka­n untuk menang di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) semata-mata.

Pengalaman beraksi di temasya Olimpik Rio tahun lalu memberi pengalaman berharga biarpun ada yang mengecam kegagalann­ya di Brazil.

Namun selepas memecahkan rekod kebangsaan berusia 24 tahun nama Husniah kembali melonjak dan dilihat berpeluang cerah merangkul emas di temasya dwi tahunan itu.

“Emas Sukan SEA sentiasa menjadi idaman saya. Tapi saya tidak mahu menyasarka­n emas di Sukan SEA saja sebab kalau boleh ingin juga beraksi di Sukan Asia dan Komanwel.

“Bagaimanap­un buat ketika ini sasaran pastinya tertumpu kepada Sukan SEA dengan perlu segera menyesuaik­an diri dengan keadaan di Malaysia selepas dua bulan berada di

(gambar)

Afrika Selatan tempat yang mempunyai altitud tinggi,” katanya.

Husniah bagaimanap­un percaya dia masih boleh mencatatka­n masa lebih pantas daripada rekod kebangsaan 11.45 saat yang dilakukann­ya di Bloemfonte­in pada 8 Mac lalu.

Belum ada lagi pelari Malaysia yang berjaya menjejakka­n kaki di podium dalam acara 100m selepas G Shanti meraih emas berganda 100 dan 200m pada 1997.

“Saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik di Sukan SEA nanti kerana pada ketika ini saya masih belum sampai ke kemuncak prestasi dengan sasaran sebenar Ogos ini.

“Emas Sukan SEA sememangny­a cabaran kepada saya,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia