Harian Metro

‘Awasi lawan sebelum berentap’

„ Rosman gesa PKBM serius pantau prestasi pelumba Asia Tenggara jika mahu raih emas

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Bekas pelumba negara Rosman Alwi mengingatk­an Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) supaya sentiasa memantau perkem- bangan pelumba di rantau Asia Tenggara supaya sasaran 13 emas Sukan SEA dapat menjadi realiti.

Jelasnya, Malaysia tidak boleh sekadar berpanduka­n kepada prestasi dan kejayaan dicapai sebelum kejohanan sebenar bermula sebaliknya meneliti dengan lebih dekat cabaran pelumba lain.

“Bagi saya sasaran 13 emas bukan sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Cuma kita perlu mengkaji dengan teliti lawan yang bakal beraksi nanti.

“Kita tidak boleh berpanduka­n kejayaan pelumba negara yang diraih sebelum Sukan SEA. Mungkin sesetengah atlet luar masih belum mencapai 100 peratus dalam kejohanan tertentu kerana mahu mencapai kemuncak di Sukan SEA. Ini yang perlu diawasi,” jelasnya yang pernah meraih beberapa emas pada temasya dwitahunan itu.

Rosman yang pernah beraksi di pentas Olimpik berkata, sebagai contoh ketika mahu menyertai sesuatu kejohanan beliau sendiri akan mengkaji prestasi lawan selama tiga bulan.

“Berdasarka­n situasi semasa, saya menjangkak­an Indonesia akan menjadi pencabar utama pada Sukan SEA nanti. Saya difahamkan mereka turut menjalani latihan di luar negara.

“Malah, catatan masa dilakukan mereka tidak terlalu jauh dengan pelumba kita,” katanya yang turut tidak menafikan peningkata­n dipamerkan pelumba Thailand.

Acara berbasikal terutama trek menjadi harapan utama negara meraih emas dalam membantu kontinjen negara muncul juara keseluruha­n.

Sandaran utama tertumpu kepada barisan pelumba negara diketuai Azizulhasn­i Awang yang kini giat berlatih di Melbourne, Australia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia