Harian Metro

Malaysian Tigers masih kempunan

- Azizan Hashim sukan@hmetro.com.my

„ Palang penghalang hasrat catat kemenangan pertama

Skuad hoki negara terus dilanda kekecewaan apabila tumbang lagi kali ini 0-1 kepada New Zealand dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah Ke-26 di Stadium Azlan Shah malam tadi.

Pada perlawanan itu Malaysia melakukan segala-galanya kecuali menjaringk­an gol.

Peluang dari tujuh pukulan sudut gagal diterjemah­kan menjadi gol termasuk dua pukulan yang terkena palang.

Anak buah Stephen Van Huizen yang pernah melakar kejayaan ke atas lawan dalam perlawanan pemanas badan mengalami kebuntuan berikutan corak berkampung New Zealand.

Sebaliknya pasukan Black Sticks menjaring gol daripada pukulan sudut penalti tunggalnya sepanjang perlawanan.

Kane Russell menguis kencang melepasi penjaga gol Malaysia, Hafizuddin Othman pada m-25.

Malaysia bangkit selepas itu untuk memaksa anak buah Darren Smith berkampung pada suku ketiga dan empat tetapi kekentalan penjaga gol New Zealand, Richard Joyce menyelamat pasukannya.

Malaysia akan bertemu India petang ini dalam perlawanan terakhirny­a dan berpeluang menebus maruah jika menang ke atas juara lima kali itu.

Sementara itu, juara bertahan Australia menjadi pasukan pertama mengesahka­n tempat ke final selepas mengalahka­n Great Britain 2-1.

Selepas mengharung­i empat perlawanan, Australia kini kukuh di tangga teratas carta kejohanan dengan 10 mata hasil tiga kemenangan dan satu seri, meninggalk­an Great Britian di tangga kedua dengan tujuh mata.

Terdahulu, India mengalahka­n Jepun 4-3 dalam satu perlawanan sengit.

Walaupun tewas, persembaha­n anak buah Takahiko Yamabori yang penuh semangat dan disiplin harus dipuji kerana hampir mengejutka­n pasukan keenam dunia itu.

 ?? FOTO: ABDULLAH YUSOF ?? PEMAIN Malaysia Faiz Jali (kiri) melepasi pemain New Zealand, Sam Lane pada saingan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh.
FOTO: ABDULLAH YUSOF PEMAIN Malaysia Faiz Jali (kiri) melepasi pemain New Zealand, Sam Lane pada saingan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah di Stadium Azlan Shah, Ipoh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia