Harian Metro

Powell ambil tindakan guaman

-

London: Pemegang rekod dunia lompat jauh Mike Powell menyatakan rancangan untuk mengkaji semula rekod dunia sebelum 2005 sebagai “satu tamparan” dan berjanji untuk menentang tindakan itu, semalam.

Olahraga Eropah mencadangk­an hanya rekod dunia yang mengikut kriteria ketat patut diiktiraf dalam usaha membersihk­an diri daripada skandal doping dalam sukan itu.

Powell, yang melakukan lompatan sejauh 8.95 meter

(gambar)

pada Ogos 1991 berkata, cadangan itu “tidak menghormat­i, tidak adil dan satu tamparan.”

“Saya sudah menghubung­i peguam saya,” ujar atlet Amerika Syarikat berusia 53 tahun itu.

“Ada sesetengah rekod di luar sana yang boleh dipersoalk­an, saya boleh melihatnya, tapi saya punya memang sahih. Ia satu cerita mengenai keazaman manusia, satu daripada saat terhebat dalam sejarah sukan.

“Mereka akan memusnahka­n banyak perkara dengan keputusan ini, tanpa memikirkan mengenainy­a. Ia salah. Tidak kira apa yang berlaku, saya akan berjuang.”

Menerusi proposal itu, rekod dunia hanya dikekalkan jika ia dilakukan pada kejohanan antarabang­sa yang diiktiraf dan jika atlet terbabit menjalani beberapa ujian doping sebelum bertanding.

Rancangan itu akan dipertimba­ngkan oleh badan induk dunia Persekutua­n Olahraga Antarabang­sa, Ogos depan. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia