Harian Metro

Usah silap langkah

- Reuters

„ Mignolet mahu Liverpool kekal fokus baiki saingan liga

Liverpool mesti mengekalka­n fokus mereka dan meraih keputusan positif dalam baki tiga aksi Liga Perdana Inggeris ketika mereka berjuang merebut empat tangga teratas sekali gus beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan, kata penjaga gol Simon Mignolet

(gambar).

Kemenangan 1-0 Liverpool ke atas Watford awal pagi kelmarin membantu mereka melonjak tiga mata di depan pasukan tangga keempat Manchester City dan empat mata berbanding pasukan tangga kelima Manchester United namun kedua-duanya memiliki kelebihan beraksi kurang satu perlawanan.

Perebutan empat tangga teratas akan sengit hingga ke hujung musim dan Mignolet bimbang mereka terlalu berpuas hati dan lupa diri selepas menang tiga daripada lima perlawanan terakhir liga.

“Kami perlu mengekalka­n apa yang kami lakukan ketika ini. Kami berada pada tahap terbaik tapi apa saja mungkin boleh berubah. Kami perlu terus fokus, berpijak di bumi nyata dan meraih keputusan yang diperlukan,” kata Mignolet.

“Setiap orang mahu bermain dalam Liga Juara-Juara. Itulah tempat yang anda mahukan. Tapi kami belum lagi layak ke sana dan masih ada kerja keras perlu dilakukan selepas ini.”

Lima daripada enam kekalahan Liverpool musim ini adalah menentang pasukan di luar kelompok enam teratas dan mereka melayan kunjungan pasukan tangga kesembilan Southampto­n, bertandang ke pasukan tangga ke-15 West Ham dan menamatkan musim di kelab diancam penyingkir­an Middlesbro­ugh.

“Saya fikir kami bermain banyak perlawanan bagus musim ini,” ujar Mignolet. “Tapi kadangkala anda perlu belajar bagaimana bermain menentang pasukan sebegini. Kami menyedari banyak perlu diubah dalam perlawanan sebegitu. Saya fikir kami sudah membuktika­n kami banyak belajar.

“Untuk menang di tempat seperti West Brom, Stoke dan Watford membuktika­n kami boleh melakukann­ya. Kami ada tiga lagi perlawanan sebegini untuk dihadapi. Kami perlu mengekalka­n momentum itu dan meraih keputusan yang diinginkan.”

 ??  ??
 ??  ?? PEMAIN Liverpool Roberto Firmino (kanan) cuba dihalang pemain Watford Adrian Mariappa.
PEMAIN Liverpool Roberto Firmino (kanan) cuba dihalang pemain Watford Adrian Mariappa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia