Harian Metro

RONALDO PUKAU ATLETICO

- AFP

Madrid

Rekod jaringan sensasi Cristiano Ronaldo disanjung sebagai “unik” oleh Zinedine Zidane ketika hatrik terbarunya membantu Real Madrid berada di ambang satu lagi final Liga Juara-Juara selepas membenam Atletico Madrid 3-0, awal pagi semalam.

Hatrik Ronaldo adalah yang kedua menentang Atletico musim ini dan kedua berturut-turut dalam Liga Juara-Juara selepas meledak tiga gol menentang Bayern Munich pada suku akhir.

“Menjaringk­an gol adalah sesuatu yang dimilikiny­a melebihi pemain lain, itulah yang menjadikan­nya unik,” kata Zidane.

Kemenangan itu meneruskan badi Atletico berdepan Real dalam Liga Juara-Juara bagi empat musim terakhir.

Real menyingkir­kan anak buah Diego Simeone dalam tiga tahun terakhir termasuk pada final 2014 dan 2016 dengan kemenangan tipis.

Namun jelas ada jurang besar antara kedua-dua pasukan awal pagi semalam apabila Ronaldo menanduk masuk pada minit ke-10 untuk membuka tirai jaringan.

Ronaldo meledak dua gol lagi dalam tempoh 20 minit terakhir (m-73 dan 86) sekali gus membuktika­n dominasi Real.

“Pasukan ini amat mengagumka­n. Saya menjaringk­an semua gol tapi pasukan ini amat luar biasa sejak awal hingga tamat,” kata Ronaldo.

Kemenangan itu juga mencerahka­n peluang Real untuk muncul pasukan pertama mempertaha­nkan gelaran Liga Juara-Juara dalam tempoh 27 tahun.

“Kami beraksi dengan hebat, tidak mudah menjaringk­an tiga gol (menentang Atletico),” ujar Zidane.

“Babak pertama amat fantastik, kami banyak peluang untuk menambah gol kedua tapi kami hanya mendapatny­a pada babak kedua.

“Kami amat gembira dengan persembaha­n ini. Untuk menjaringk­an tiga gol dan lebih penting dalam aksi timbal balik tidak dibolosi di laman sendiri.”

Ronaldo kini hanya satu gol di belakang musuh dari Barcelona, Lionel Messi sebagai penjaring gol terbanyak Liga Juara-Juara musim ini

„ Hatrik penyerang berbisa dikagumi Zidane, Real bawa bekal selesa pada separuh akhir kedua

dengan 10 gol.

Tujuh daripadany­a hadir dalam tiga aksi terakhirny­a apabila dia meledak lima daripada enam gol Madrid ketika membenam Bayern 6-3 secara agregat pada suku akhir.

“Bagus mempunyai pemain sepertinya,” kata pemain tengah Real, Toni Kroos.

“Anda boleh beraksi baik di pertahanan, menguasai bahagian tengah tapi akhirnya anda perlukan pemain yang boleh menjaringk­an gol dan dia melakukann­ya.

“Dia sering melakukann­ya. Dia menyumbat lima gol pada suku akhir dan tiga hari ini, jadi ia menakjubka­n buat kami.”

 ??  ?? RONALDO ledak hatrik kedua dalam aksi Liga Juara-Juara. JARINGAN pertama Ronaldo (no 7) pada minit ke-10.
RONALDO ledak hatrik kedua dalam aksi Liga Juara-Juara. JARINGAN pertama Ronaldo (no 7) pada minit ke-10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia