Harian Metro

Peluang belum tertutup: Simeone

-

Madrid: Kekalahan 0-3 Atletico Madrid kepada musuh mereka Real Madrid pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara awal pagi semalam hanya satu lagi kesinambun­gan kisah yang membelengg­u pasukan itu bagi hampir 60 tahun.

Kemenangan Real di Santiago Bernabeu bermakna mereka semakin hampir menyingkir­kan Atletico daripada pertanding­an itu bagi tahun keempat berturut-turut.

Dua daripada kekalahan itu hadir pada final 2014 dan 2016 di Lisbon dan Milan, satu lagi penyingkir­an pada suku akhir 2015, namun aspek paling mengecewak­an mengenai keputusan awal pagi semalam adalah mereka memang berhak kalah.

Dominasi Madrid dari mula hingga akhir dengan Cristiano Ronaldo meledak hatrik, manakala Atletico hanya mencipta dua peluang baik pada babak pertama dan mensia-siakan kedua-duanya.

Kekalahan itu adalah kesinambun­gan keputusan dialami Atletico dalam pertanding­an sebenua menentang Madrid sejak separuh akhir Piala Eropah 1959 sekalipun kehadiran jurulatih Diego Simeone menyaksika­n permusuhan itu lebih seimbang.

Pengendali dari Argentina itu bagaimanap­un enggan menyerah kalah mengenai peluang pasukannya.

“Kami akan cuba dan menggunaka­n peluang yang kami ada, tidak kira sekecil mana pun,” kata Simeone. “Saya berasa tenang, lebih daripada apa saja, lebih berbanding sebelum ini.

“Kami akan mencuba sesuatu yang mustahil, kerana kami adalah Atletico Madrid, kami mampu melakukann­ya.” - Reuters

 ??  ??
 ??  ?? SIMEONE akan manfaat aksi 90 minit terakhir di gelanggang sendiri.
SIMEONE akan manfaat aksi 90 minit terakhir di gelanggang sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia