Harian Metro

United tagih strategi magis Mourinho

-

Madrid: Jose Mourinho mesti menyiapkan skuad Manchester United yang dibelenggu kecederaan ketika impian kelab Inggeris itu memburu kegemilang­an Liga Europa berdepan ujian paling getir dengan aksi separuh akhir pertama menentang Celta Vigo di gelanggang lawan, awal pagi esok.

Pengurus dari Portugal itu menganggap jadual April United yang beraksi sembilan perlawanan sebagai “tidak normal” selepas satu lagi keputusan seri 1-1 di laman sendiri dalam Liga Perdana menentang kelab diancam penyingkir­an Swansea City, Ahad lalu.

Jadual pasukannya tidak pernah mudah dengan enam lagi aksi dalam 19 hari berikutnya dalam usaha meraih tempat ke Liga Juara-Juara sama ada dengan memenangi Liga Europa atau menerusi kelompok empat teratas Liga Perdana.

“Jika kami menundukka­n Celta, kami layak ke final dan ketika ini ia hanya satu andaian,” kata Mourinho.

“Final Liga Europa pada hari Rabu dan kami bermain menentang Crystal Palace pada Ahad. Sebelum itu, kami menentang Southampto­n di laman lawan beberapa hari sebelumnya, jadi kami akan beraksi pada final dengan keadaan menggila.”

Kelab gergasi Inggeris itu tanpa penjaring terbanyak Zlatan Ibrahimovi­c yang mengalami kerosakan ligamen lutut.

Sementara itu, Luke Shaw dan Eric Bailly menambah derita United di benteng pertahanan ketika mereka menyertai Phil Jones, Chris Smalling dan Marcos Rojo diketepika­n bermakna Mourinho perlu mencari jalan penyelesai­an mendesak di pertahanan tengah. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia