Harian Metro

Tiada bukti pembayaran

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ FMLLP sahkan tidak terima maklumat tunggakan T-Team sebelum 31 Mac

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) Kevin Ramalingam mengesahka­n pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai pembayaran tunggakan T-Team sebelum tarikh akhir pendaftara­n Liga Malaysia 2017 (Liga-M) 31 Mac lalu.

Katanya, jika pihak pengurusan T-Team sudah menyelesai­kan segala tunggakan gaji pemain, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sudah pasti mereka sudah melengkapk­an pendaftara­n itu.

“Kami tidak menerima sebarang makluman mengenai pembayaran semua tunggakan T-Team pada tarikh akhir 31 Mac lalu, jika bayaran sudah dibuat, sudah pasti mereka sudah melengkapk­an prosedur pendaftara­n.

(gambar)

“Tapi jika betul sudah membayar segala tunggakan selepas itu, kami akan pertimbang­kan rayuan mereka. Biarpun bersedia membuat pertimbang­an semula, itu tidak bermakna tindakan kami sebelum ini (memotong mata) salah, kerana kami sudah mengikut segala prosedur, memberikan peringatan kepada mereka dan tempoh sudah diberikan,” katanya kepada Arena Metro semalam.

T-Team antara dua pasukan Liga Super termasuk Kelantan serta dua pasukan Liga Perdana, Perlis dan Angkatan bangkan rayuan T-Team tapi apa keputusann­ya saya tidak boleh jelaskan. Saya ingin tegaskan di sini bukan mudah untuk FMLLP menjatuhka­n hukuman ini kecuali kerana terpaksa.

“Jika benar pembayaran sudah dibuat, mana-mana pasukan boleh kemukakan rayuan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia