Harian Metro

Potong mata tak jejas sistem Liga-M

-

Kuala Lumpur: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Yusoff Mahadi percaya pelaksanaa­n hukuman pemotongan mata terhadap pasukan bermasalah tidak akan melemahkan sistem Liga Malaysia (Liga-M) biarpun ada pasukan mengancam mahu menarik diri.

Beliau berkata, tindakan tegas diambil Usahasama Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) terhadap Kelantan, T-Team, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana gagal melengkapk­an proses pendaftara­n Liga-M 2017, tepat bagi mengelakka­n masalah sama berulang.

“Sudah sampai masanya kita ambil tindakan tegas kerana tidak mahu perkara ini berlarutan. Pada saya ini peringatan kepada semua supaya membentuk pasukan mengikut kemampuan kewangan masing-masing, jangan belanja berlebihan sehingga berhutang.

“Kalau FMLLP tak ambil tindakan dan masalah tunggakan gaji pemain sampai ke pengetahua­n FIFA, mereka akan mengarahka­n FAM untuk memotong mata pasukan yang tidak membayar gaji pemain, seperti yang berlaku kepada Pahang sebelum ini (2015), jadi tindakan itu sama saja.

“Jika ada pasukan yang mahu menarik diri, saya fikir itu bukan masalah kerana persaingan untuk kekal dalam Liga Super begitu sengit manakala pasukan seperti Negeri Sembilan, PKNP dan Terengganu dalam Liga Perdana berebut untuk ke Liga Super,” katanya kepada Arena Metro.

Akhbar ini semalam melaporkan dua pasukan Liga Super - Kelantan dan T-Team - selain Perlis dan ATM (Liga Perdana) dikenakan pemotongan enam mata kerana gagal menyelesai­kan tunggakan gaji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun se- belum ini.

Keputusan itu tidak disenangi Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang menganggap FAM dan FMLLP adalah organisasi untuk orang kaya manakala pasukan miskin boleh bersiap untuk keluar dari Liga-M.

Malah beliau mendakwa FAM hanya tahu menghukum sedangkan janji untuk memberi dana RM2-3 juta masih belum ditunaikan.

“Masalah dihadapi empat pasukan ini membabitka­n apa yang berlaku sebelum ini, tidak boleh disamakan dengan apa sedang usahakan FAM sekarang. Memang kepimpinan baru FAM berjanji untuk memberikan hasil pendapatan lebih kepada pasukan menerusi hak penyiaran, penajaan dan sebagainya, tapi semuanya masih di peringkat perbincang­an.

“Jika FAM sudah mendapat duit RM60 juta misalnya dan kemudian tidak mengagihka­n kepada semua pasukan, itu baru boleh cakap kami tidak menunaikan janji,” jelas Yusoff.

 ?? Yusoff Mahadi ?? Pada saya ini peringatan kepada semua supaya membentuk pasukan mengikut kemampuan kewangan masing-masing, jangan belanja berlebihan sehingga berhutang”
Yusoff Mahadi Pada saya ini peringatan kepada semua supaya membentuk pasukan mengikut kemampuan kewangan masing-masing, jangan belanja berlebihan sehingga berhutang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia