Harian Metro

Titans serah surat rayuan

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Enggan isu pemotongan enam mata dalam saingan Liga Super menghantui pemain, pengurusan T-Team bertindak pantas dengan menghantar surat rayuan kepada Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Ketua Pegawai Operasi T-Team Aidi-Naim Mohamad Samsani berkata, surat rayuan terhadap hukuman itu sudah dihantar menerusi emel lewat petang kelmarin.

“Justeru, FMLLP perlu memberi pertimbang­an sewajarnya kerana kami sudah berusaha menyelesai­kan isu berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, T-Team tidak berdepan masalah berkaitan gaji pemain dan pegawai pasukan, cuma sedikit kelewatan dalam pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), PERKESO dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Semua bayaran tertunggak itu sudah dijelaskan bulan lalu dan surat pengesahan sudah diterima, namun ada sedikit kelewatan dalam mengemas kini sistem pengurusan maklumat bola sepak (SPMB) dan MYPass. Bagaimanap­un kita sudah memaklumka­n perkara ini sebelum tarikh akhir 31 Mac lalu.

“Apa yang boleh saya katakan, semua isu berhubung kelewatan pembayaran KWSP, PERKESO dan juga LHDN sudah diselesaik­an dan kami akan memastikan perkara sama tidak berulang,” katanya.

Sementara itu, kapten T-Team Mohd Hasbullah Awang mengaku terkejut sambil menyatakan tindakan FMLLP sebagai tidak wajar.

Malah, dia juga menyifatka­n tindakan FMLLP itu sebagai tidak adil kerana mata begitu penting buat mana-mana pasukan.

“Saya terkejut mendengar berita hukuman itu kerana terlalu berat apatah lagi bukan mudah untuk mengutip mata dalam setiap perlawanan,” katanya.

 ??  ?? HASBULLAH (kanan) anggap tindakan FMLLP tidak adil.
HASBULLAH (kanan) anggap tindakan FMLLP tidak adil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia