Harian Metro

‘FMLLP tak siasat secara terperinci’

-

Kangar: Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) Datuk Rozabil Abdul Rahman terkilan dengan tindakan Usahasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) memotong mata pasukan berkenaan dalam saingan Liga Perdana tanpa toleransi.

Rozabil berkata tindakan berkenaan agak terburu-buru kerana FMLLP sepatutnya menyiasat terlebih dulu permasalah­an yang menyebabka­n PFA tidak dapat melengkapk­an pengesahan berkenaan dalam tempoh ditetapkan.

Katanya apa yang berlaku di Perlis adalah di luar kemampuan PFA kerana masalah berkenaan memba- bitkan salah faham sehingga terjadi kesilapan teknikal di pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Surat bayaran KWSP setiap pemain sudah dihantar ke KWSP Kangar sejak Disember lalu. Kemudian mereka menghantar surat berkenaan ke Kuala Lumpur untuk diproses, tapi tiada maklum balas sehingga kini walaupun PFA sudah membuat susulan status proses itu.

“Saya kecewa dengan tindakan FMLLP yang tidak menyiasat secara terperinci masalah kami hadapi sebelum menjatuhka­n hukuman itu,” katanya semalam.

Rozabil berkata

beliau sudah mengarahka­n pengurus pasukan Afifi Osman untuk menyelesai­kan masalah tunggakan KWSP itu selain mengemukak­an rayuan kepada FMLLP semalam.

“Kami akan menyerahka­n sekali lagi surat bayaran KWSP pemain kepada Ibu Pejabat KWSP di Kuala Lumpur hari ini berserta lampiran salinan surat yang pernah dihantar Disember lalu,” katanya.

Pemotongan enam mata itu menyaksika­n skuad Singa Utara di bawah pimpinan Syamsul Mohd Saad kekal di tangga tercorot Liga Perdana tanpa sebarang mata. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia