Harian Metro

Guerra wira Johor DT

„ Gol hatrik bantu Harimau Selatan mara separuh akhir

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Gabriel Guerra membawa Johor Darul Ta’zim (Johor DT) melangkah ke separuh akhir Piala AFC Zon Asia Tenggara apabila melakar hatrik untuk membantu pasukan itu menewaskan kelab Myanmar, Magwe FC 3-1 dalam saingan terakhir Kumpulan F di Stadium Larkin, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksika­n skuad kendalian Benjamin Mora layak ke pusingan timbal balik berdasarka­n pungutan mata terbaik selaku naib juara berbanding dua pasukan yang berada di tangga kedua akan berdepan kelab dari Filipina, Ceres Negro FC pada aksi di Larkin, 17 Mei ini.

Sebaik babak pertama bermula, skuad kendalian Zaw Win Tun yang tidak ada harapan untuk melangkah ke separuh akhir melakar kejutan ke atas skuad Harimau Selatan pada minit ketujuh selepas sepakan percuma Hein Zar Aung tepat kepada Kyaw Swar Linn yang menanduk kemas untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli.

Bagaikan dikejut daripada lamunan, tuan rumah kembali memperagak­an aksi garang apabila mula mengatur langkah menggempur benteng pelawat, namun corak permainan pasukan lawan yang mengawal ketat setiap pemain Johor DT menyukarka­n pemain tuan rumah untuk melakukan percubaan berbahaya.

Asakan berterusan tuan rumah untuk memburu gol penyamaan akhirnya menjelma pada minit ke-14 selepas Gabriel Guerra yang tidak dikawal pantas melakukan rembatan dari luar kotak penalti, tepat ke penjuru kiri gol untuk menewaskan Zin Phyo bagi mengikat kedudukan 1-1.

Johor DT hampir terperangk­ap dengan gol kedua lawan apabila Cho Tun berjaya melepasi Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-40 namun gara-gara terlalu gopoh menyebabka­n peluang terhidang terlepas apabila rembatanny­a tersasar gol biarpun berjaya memperdaya­kan Mohammad Haziq.

Penguasaan ketara tuan rumah sebaik babak kedua bermula membuahkan hasil pada minit ke-58 apabila sepakan lintang Safiq tepat kepada Guerra untuk menjaringk­an gol kedua peribadi selepas tandukanny­a menewaskan Zin Phyo.

Tindakan pemain pertahanan Magwe FC menjatuhka­n Safiq dalam kotak penalti menyaksika­n pengadil perlawanan Yudai Yamamoto dari Jepun tidak teragak-agak menghadiah­kan sepakan penalti pada minit ke-78. Guerra mudah menyepak masuk sekali gus melakar hatrik pertama untuk memastikan kemenangan 3-1 buat Johor DT.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia