Harian Metro

FELDA United tersungkur

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

FELDA United menutup kempen Piala AFC dengan keputusan mengecewak­an apabila tewas 1-4 kepada Hanoi FC dalam aksi terakhir Kumpulan G di Stadium My Dinh, Hanoi FC malam tadi.

Penyerang lincah pasukan tuan rumah Nguyen van Quyet menjadi duri dalam daging buat skuad kendalian B Sathianath­an itu apabila menyumbat dua gol pada babak kedua.

Kekalahan itu menyaksika­n FELDA United yang tampil buat kali pertama dalam kejohanan ini menamatkan saingan di tangga tercorot dengan hanya mengumpul lima mata selepas enam perlawanan sekali gus gagal melangkah ke pusingan kalah mati.

Tiga mata yang dikutip di laman sendiri itu membolehka­n Hanoi FC menduduki tangga kedua untuk mengiringi juara kumpulan Ceres Negros dari Filipina mara ke peringkat seterusnya.

Dalam pertemuan itu, Hanoi FC lebih banyak menguasai perlawanan sejak awal namun hanya membolosi gawang pelawat menerusi rembatan jarak jauh Pham Duc Huy pada minit ke-52.

Gol itu membangkit­kan semangat tuan rumah yang menambah gol kedua menerusi sepakan percuma van Quyet pada minit ke-78 sebelum dia menambah jaringan menewaskan penjaga gol FELDA United Ilham Amirullah Razali lapan minit kemudian untuk menjadikan kedudukan 3-0.

Do Hung Dung menjadikan kedudukan lebih selesa apabila meledak gol keempat Hanoi FC pada minit ke-90 namun FELDA United mendapat gol sagu hati menerusi sepakan penalti Gaston Cellerino pada masa kecederaan.

 ??  ?? PEMAIN FELDA United Lucas Matias Cano (kanan) mengasak pemain Hanoi FC di Stadium My Dinh, semalam.
PEMAIN FELDA United Lucas Matias Cano (kanan) mengasak pemain Hanoi FC di Stadium My Dinh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia