Harian Metro

BERKARYA UNTUK KEPUASAN SENDIRI

Pemuda tak rela bangkai kucing mereput ‘kebumikan’ haiwan kesayangan Nabi

- Hassan Omar am@hmetro.com.my

Populariti bukan matlamat utama penyanyi dan rapper SonaOne apabila menceburi industri seni tanah air.

Menurut Sona, sebelum melebarkan sayap di arus perdana, dia sudah aktif berkarya tetapi ketika itu kurang dikenali.

“Perasaan pada waktu itu sama seperti sekarang. Saya tidak mengejar populariti sebaliknya berkarya untuk kepuasan sendiri,” katanya.

Pemilik nama sebenar Mikael Adam Lozach ini bagaimanap­un tidak menafikan peranan populariti dalam membantu meningkatk­an kerjayanya.

Biarpun kerap diperlekeh dan dianggap melakukan pekerjaan tidak memberikan sebarang manfaat oleh segelintir penduduk, ia tidak menghalang Mohd Amin Fuad Ramli, 25, meneruskan usaha ‘mengebumik­an’ setiap bangkai kucing ditemuinya.

Sejak 13 tahun lalu, Mohd Amin yang juga nelayan mengebumik­an 500 bangkai kucing kerana baginya setiap makhluk bernyawa perlu ditanam dan bukan dibiarkan mereput begitu saja.

Pemuda dianugerah­kan Allah kemuliaan hati itu tidak berasa geli atau loya ketika mengendali­kan bangkai kucing berulat untuk ditanam. Anak kelima daripada lapan adik-beradik itu sanggup mengangkat bangkai kucing yang berbau untuk ditanam di dalam lubang digalinya sendiri tanpa memakai sarung

tangan atau sebarang alas. “Amalan itu bermula sejak saya berusia 12 tahun lalu, kalau nampak bangkai kucing saya akan tanam tak sanggup tengok ia begitu saja.

“Kucing juga makhluk Allah yang mempunyai nyawa, jadi kita sebagai manusia perlu jalankan tanggungja­wab uruskan bangkai,” katanya yang ditemui ketika mengebumik­an kucing di Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, di sini, semalam.

Menceritak­an pengalaman­nya Mohd Amin berkata, pada mulanya dia kerap berasa loya dan hilang selera makan terutama selepas mengendali­kan bangkai kucing dengan isi perut terburai atau berulat.

Dia yang menetap di Kampung Solok Dekat, Pengkalan Balak itu berkata, lama-kelamaan dia menjadi lali dengan masalah bau bangkai, malah berasa puas kerana dapat mengebumik­an haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu.

“Ada yang anggap usaha saya tidak tidak beri sebarang faedah, namun itu pendapat mereka. Kalau manusia meninggal dunia tetapi tidak ada yang mahu mengebumik­an jenazahnya hingga berulat dan busuk roh akan menjerit meminta orang masih hidup supaya menyempurn­akan jasad.

“Begitu juga dengan kucing, sudah tentu roh haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW itu juga menjerit meminta manusia mengebumik­annya dengan sempurna,” katanya.

Katanya, kebanyakan bangkai kucing disemadika­n itu mati disebabkan dilanggar kenderaan selain faktor usia, uzur dan sakit berikutan haiwan itu juga tidak terlepas daripada menghidap penyakit seperti jantung, buah pinggang atau batu karang sama seperti manusia.

“Insya-Allah selagi hayat dikandung badan, saya terus menanam bangkai kucing, tak sanggup membiarkan­nya mereput hingga tinggal tulang tanpa disemadika­n.

“Lebih menyedihka­n ada bangkai kucing dibiarkan begitu saja berminggu-minggu di atas jalan raya sehingga hancur digilis kenderaan,” katanya.

Mohd Amin juga pencinta kucing dan pernah memelihara sehingga lapan haiwan itu yang menjadi penghibur dirinya dan keluarga.

Amalan itu bermula sejak saya berusia

12 tahun

Mohd Amin

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Amin menanam bangkai kucing di tepi jalan di Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah.
MOHD Amin menanam bangkai kucing di tepi jalan di Kampung Padang Kemunting, Pengkalan Balak, Masjid Tanah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia