Harian Metro

Mahu peminat fahami emosi

Mesej utama lagu Again ialah bagaimana seseorang boleh jadi kuat berdepan cabaran

- -Syafil Syazwan Jefri

Selepas dilukai, hati perlu dipujuk untuk menerima cinta baru. Kita tak boleh mengalah dan berserah begitu sahaja SonaOne

“Kalau tidak popular, macam mana orang nak kenal lagu saya. Kalau lagu tak dikenali, mungkin saya tak diundang menjayakan persembaha­n.

“Kalau tak ada undangan, tak mungkin saya akan bersemanga­t untuk terus berkarya,” katanya.

Mengulas perkembang­an terkini, penyanyi berusia 29 tahun itu kini tampil dengan single berjudul Again.

“Again masih lagi berkisar mengenai cinta tetapi mesej utama yang ingin saya sampaikan adalah bagaimana seseorang itu boleh jadi kuat untuk berdepan cabaran.

“Selepas dilukai, hati perlu dipujuk untuk menerima cinta baru. Kita tak boleh mengalah dan berserah begitu sahaja,” katanya.

Sambung Sona, lagu itu juga ada kaitan dengan kehidupan seharianny­a.

“Cabaran terbesar saya adalah mempunyai dua kehidupan iaitu peribadi dan kerjaya muzik.

“Menerusi lagu ini saya selitkan emosi dan peminat akan faham apa yang saya lalui setiap hari. Dengan cara ini mereka akan lebih memahami saya,” kata SonaOne.

Lebih menarik, penyanyi berdarah campuran Melayu-Perancis ini turut mempertaru­hkan vokalnya dalam lagu ini.

“Saya suka menyanyi dan tidak malu mengaku menggunaka­n ‘auto-tune’ dalam lagu saya.

“Namun Again berbeza kerana mempertaru­hkan nyanyian saya dan ada beberapa perubahan ketara,” katanya.

Berbicara soal impian, Sona meluahkan hasrat mahu berkolabor­asi dengan beberapa penyanyi tersohor tanah air.

“Kalau boleh, tahun ini saya nak berkolabor­asi dengan ramai penyanyi wanita. Kali terakhir saya berduet dengan Yuna menerusi lagu Pulang sementara penyanyi lelaki pula Afgan melalui lagu X.

“Saya kini dalam proses pembikinan album baru dan Insya-Allah ada beberapa kolaborasi,” katanya.

 ?? FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN SOLEKAN QASRINAA INSTAGRAM @QASRYN
JAKET COACH ??
FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN SOLEKAN QASRINAA INSTAGRAM @QASRYN JAKET COACH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia