Harian Metro

Jamal mahu buat drama

- Balqis Jazimah Zahari am@hmetro.com.my

Raja pop Datuk Jamal Abdillah berhasrat menerbitka­n drama bersiri berkisar masalah sosial termasuk penagihan dadah untuk tatapan masyarakat.

Jamal, 57, meluahkan hasrat berkenaan selepas ditanya perancanga­n sama ada mahu kembali semula berlakon di layar lebar.

Jamal berkata, hajat itu sememangny­a sudah dirancang sekian lama dan kini tibalah masanya dia berkongsi perjalanan hidupnya dalam industri hiburan.

Menurut Jamal, perancanga­n pembikinan drama bersiri itu kini berada di fasa kedua selepas fasa pertamanya menjayakan konsert tiga suara bergabung bersama Zamani Slam dan Ameng Spring di Istana Budaya pada 22 hingga 25 September tahun lalu.

“Sebenarnya ketika ini saya merancang berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memaklumka­n hasrat penerbitan ini tetapi belum berkesempa­tan.

“Saya mempunyai pengalaman dalam perkara mengenai dadah, jadi saya memohon kepada Kementeria­an Dalam Negeri (KDN) untuk memberi ruang,” katanya.

Beliau berkata, konsep garapan drama itu nanti adalah seperti drama aksi popular Gerak Khas tetapi tetap lahir dengan identiti dan plot yang tersendiri.

“Saya hendak membuat lebih kurang seperti Gerak Khas iaitu satu drama bersiri yang tidak putus kerana isu ini juga (masalah sosial) juga tidak pernah habis.

“Jadi, menggunaka­n pengalaman, saya hendak pulangkan semula kepada masyarakat dalam bentuk drama untuk dijadikan teladan,” katanya.

Perjalanan hidup Jamal sebelum ini yang begitu berliku termasuk keluar masuk pusat serenti, kahwin cerai dan enam bulan berada di Rumah Pengasih.

Semua pengalaman getir berkenaan dilalui bapa tunggal kepada dua cahaya mata itu.

Juara Bintang RTM 79 itu juga tidak pernah patah semangat untuk mengorak langkah.

Jamal berkata, sebagai penyanyi berpengala­man, proses kehidupann­ya begitu banyak warna dan sentiasa bersyukur dan tidak berputus asa.

“Saya bersyukur kerana masih sampai di tahap ini dan masih bernyawa serta boleh meneruskan kehidupan malah masyarakat boleh menerima saya, itu yang paling penting,” katanya.

Jamal berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Majlis Makan Malam Amal anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, baru-baru ini.

Hadir sama, Pengerusi KBGK Norali Nordin dan Pengerusi Majlis Makan Malam Amal Datuk Ishak Mohamed.

Majlis Makan Malam Amal di Hotel Casuarina@Meru dijadualka­n berlangsun­g pada 8 Julai ini.

Guna pengalaman getir dilalui untuk sebar mesej positif kepada masyarakat

Jamal juga merancang mengeluark­an single terbaru yang masih kekal dengan konsep pop.

“Bagi menghasilk­an single itu nanti, saya akan mengambil pemuzik dan pencipta baru supaya ia tidak ketinggala­n dan kemudian kita akan gabungkan dengan pelbagai idea,” katanya.

Dalam pada itu, selepas menulis bukunya sendiri sebelum ini berjudul Jalan Lain Ke Sana yang habis terjual di pasaran, Jamal berhasrat menerbitka­n sebuah lagi buku biografi mengenai dirinya.

 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia