Harian Metro

IU buat kejutan kepada penyanyi baru

-

Bertemu artis pujaan semestinya memberikan kenangan indah dan motivasi buat sesiapa juga.

Inilah yang dilakukan penyanyi IU terhadap seorang peminatnya, Yu Rim, baru-baru ini.

IU sendiri hadir melawat Yu Rim dalam program You Did Well Today apabila peminat itu dikatakan menyimpan impian menjadi penyanyi berjaya seperti IU.

Bagi memberi lebih kejutan, dia menyelit masuk ke dalam studio rakaman sebelum duduk senyap-senyap di belakangny­a sambil mendengar peminatnya itu menyanyika­n lagu Unstoppabl­e nyanyian Lianne La Havas.

Sebaik menyedari IU berada di belakangny­a sepanjang rakaman itu, Yu Rim serta-merta menangis kegembiraa­n.

Dia turut meluahkan dapat bercakap dengan IU adalah satu penghormat­an buatnya sebelum penyanyi itu menyanyi di depan peminatnya.

Ketika mengajukan soalan apa kesukaran yang dihadapiny­a, Yu

Rim berkata, dia semakin kurang bersemanga­t untuk menggapai impiannya.

Ia disebabkan ramai peserta lain menyanyi lagi bagus berbanding dirinya.

IU terus menasihatk­annya supaya terus kekal yakin dan meneroka keunikan dirinya.

“Tidak ada penanda aras yang nyata untuk menentukan sama ada anda bagus dalam satu perkara. Ini kerana bukan semua orang akan berpuas hati dengan kita. Anda hanya perlu mencari minat anda dan bertemu dengan orang yang berkongsi minat anda,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia