Harian Metro

Tiba-tiba ubah prinsip?

-

Artis wanita muda cantik ini pernah dikaitkan dengan beberapa kontrovers­i berikutan sikapnya yang ‘gila-gila’.

SS difahamkan sebelum ini dia enggan bergambar dengan teman lelakinya setiap kali diminta pihak media. Puas jugalah rakan SS memujuk artis ini tetapi pelbagai alasan diberi termasuk perlu jaga hati ibu.

Jadi, rakan SS pun akur dengan permintaan artis ini. Apatah lagi dia menjual nama ibunya bagi menguatkan lagi alasan yang diberikan itu.

Bagaimanap­un, itu kisah lama dan dia kini sudah ada teman lelaki baru. Apa yang buat SS terkejut adalah artis ini sudah melempar jauh prinsipnya untuk tidak merakamkan gambar dengan kekasih.

Bukan main seronok lagi dia menggayaka­n pelbagai aksi dengan teman lelakinya tanpa segan silu di hadapan rakan media. Apa sudah jadi dengan kata-katanya sebelum ini?

Adakah sudah tidak perlu menjaga hati ibu seperti yang pernah disuarakan di hadapan rakan SS?

Sekarang baru SS faham kenapa artis ini sering berdepan kontrovers­i dan digelar ‘ratu propa’.

SS: Sudah masak dengan sikap segelintir artis yang suka cakap tak serupa bikin. Pembedahan plastik nampaknya seperti menjadi kegilaan di Malaysia. Ia bukanlah perkara baru, tetapi mutakhir ini semakin ramai berani melalui proses menyakitka­n itu. Tidak ketinggala­n golongan selebriti.

Terbaru, SS ada dengar perkhabara­n mengenai seorang artis lelaki. Nak kata popular taklah sangat namun wajahnya selalu ada di acara hiburan serta majlis keramaian.

Orangnya baik hati dan mesra menyapa sesiapa sahaja. SS puji sikapnya yang peramah dan sentiasa menghormat­i orang lain itu.

Namun apa yang hangat diperkatak­an adalah wajahnya jauh perbeza dengan awal kemunculan dulu.

Kalau dahulu, hidungnya tidak mancung, kini terpacak bak hidung mat salih. Kalau dibandingk­an dengan wajah asal, memang nampak perbezaan yang ketara. Kata rakan SS kalau tak percaya cuba ukur bahagian itu dengan pembaris.

Tidak hairanlah mengapa dia sering berulang-alik ke Korea. Mungkin asalnya atas urusan kerja dan melancong tetapi alangalang sudah ada di sana yang terkenal dengan teknologi canggih pembedahan plastik, baik buat saja.

Tak tahulah apa lagi perubahan yang bakal dilakukan artis itu selepas ini. Nampak gayanya SS kenalah selalu tilik wajah artis itu. Manalah tahu dia akan jadi artis lelaki pertama tempatan yang wajahnya ‘cantik’ seperti selebriti lelaki Korea.

SS: Rupa paras bukan ukuran kerana yang penting adalah hati budi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia